Pages


selamat menjamu selera di laman kalam etoi.com....segala pendapat yang memuji amat dialu-alukan....kritikan tidak diterima..tapi kalo eklas...bole je..pliz welkam 2 my page...hihi..('',)

Tuesday, October 18, 2011

APA MAKNA PSIKO??

assalamualaikum....
chey....tinggal jap cerita pendek aku yang tak berapa best tu...apa barang, jom cerita panjang-panjang pulak...
korang tahu apa maksudnya saiko??

tahu?
entah?
konfius?
tahu sikit-sikit?
lantak lah
ataupun ......
korang memang tergolong dalam kalangan orang-orang yang saiko gitu, tapi taknak mengaku...hehe..gurau ja..

Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.

Orang psiko ni biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "bodoh". Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Macam mintak disepak. Tak ke bodoh namanya tu. memang bodoh..haha..



Tips Tangani Orang Psiko

Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.

Setiap kol, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali korang kasi feedback. Jangan angkat kol dia untuk ucap "tak mau la, jangan la,entah la,ataupun marah-marah". Sia-sia je.

Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan. hahaaha...sangat kesian..tapi apa nak buat, siapa suruh dia jadi saiko..


"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan korang/kenalan korang?"

Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.

Seperti yang aku kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.


p/s: entry ni aku dedicated to someone yang saiko, dan tengah tersaiko dengan diri sendiri.....hahaha...selamat menyaikokan diri anda...insyaAllah, akan ditunjukkan jalan ke pusat psikiatri... =) 

Saturday, October 15, 2011

CERITA PENDEK ( bahagian 2 )

sambungan dari bahagian 1

kadang-kadang aku ada juga terfikir, ini ke cita-cita aku?? bukan, jadi cekgu bukan cita-cita aku. ada sebab-sebab tertentu yang buat aku pilih kerjaya cekgu ni sebagai medium untuk aku cari makan sekarang. salah satu sebabnya aku akan bangun awal untuk pergi sekolah, jadi aku tak akan tertingggal sembahyang subuh aku macam zaman-zaman jahiliah aku dulu...ya, memang aku jahil pon dulu..tapi takda la sampai merompak mencuri, lebih-lebih lagi membunuh...tu jahil tahap saiko dah tu...' ah, apa yang aku mengarut ni!...tuk..tuk..tuk..teacher, may we come in'....aku pon angguk-angguk, suruh bebudak yang agak paling terawal antara yang terlambat datang ke kelas aku...haaiihh....apa nak jadi..

after greeting and so on, ayat biasa aku cakap, 'are you ready for our lesson today?' dan jawapan budak juga macam biasa...'no teacher'...apa aku kisah, mengarutlah aku depan budak-budak ni sambil diperhatikan pengobserve aku yang paling setia, madam chai mui fong...ketua panitia aku yang tak jemu-jemu tengok aku mengajar...kalau lah aku jadi dia, maybe aku dah terlena, tidur dan terus berdengkur...budak-budak pulak, macam biasalah, ada yang fokus, ada yang bersembang dan macam-macam perangai lagi, sama saja dengan zaman-zaman aku mengaji dulu...

habis story pasal kolej....move to other part lah pulak...part yang mana aku selalu fikir..'kalaulah aku masih bujang...hahaha'...entah apa kejadahnya aku fikir semua tu..mana boleh patah balik dah...wasting time lah..'yeah, jangan buang masa cikgu, nanti tak dapat emas yang di idamkan'...kreuk~ pintu lab dibuka, ' ton, jom gi makan'....tanpa berlengah, 'bereh' jawabku pendek...

lepas makan semua, aku naik ofis, dan mula mengonlinekan diri, biasa la...chek muka buku, baca paper, politik malaysia and bla..bla..bla...sampai lah habis masa kerja 2.15 pm..ah, bosannya jadi cekgu! bila agaknya aku nak tukar profession ni...

Wednesday, October 12, 2011

CERITA PENDEK ( bahagian 1 )

'truttt...truuutt...truuutt...truuutt....' aduh, ex-boifren aku yang mana satu pulak contact aku time tengah layan mimpi moon ni...haaiihh...srrlluupp...banyak pulak air liur basi aku mlm ni sambil aku gagau-gagau kat mana la bunyi tu datang, '~beby~ is calling'...tertera kat phone screen nokia c6 aku....owh, dah kahwin rupanya aku ni, bukan ex-boifren yang tengah rindukan aku...tapi laki aku kejutkan untuk bangun, siapkan diri untuk kerja...

 kenapa la bukan hari minggu je kerja, hari biasa adalah cuti... malasnya aku nak bangun, tapi apa nak buat...dah mengaji tak pandai, jadi lah aku cekgu serba sengal kat bumi borneo ni...katanya nak berbakti pada anak bangsa, tapi entah lah...berbakti ke aku ni...macam hampeh je...aarrghh..! tak payah banyak fikir lagi, hidup mesti diteruskan...

'krek kruk'....yeah, dah siap punch card, aku terus ke tempat duduk, buat-buat sibuk, belek itu dan ini untuk presentation dalam kelas nanti...

ting~tong~ ' perhatian kepada senua warga kolej, sekarang tepat jam 7am..bla..bla...sila selaraskan jam anda sama dengan waktu pejabat...'~ting~tong~

gitu lah pagi-pagi...lepas lagu negaraku, doa dan ikrar rakyat malaysia, PK-kurikulum akan buat pengumuman supaya masa semua guru diselaraskan sama dengan waktu pejabat...apa nak buat, kolej tak ada loceng yang boleh membataskan masa pengajaran cikgu-cikgu, sendiri mau ingat.

untuk menunjukkan yang aku staff yang paling best, sebelum pengumuman tu lagi, aku dah ada dalam physics lab...'oh fatimah...tralalla...tralalalalalal...' aku laporkan diri pada lab asistant, gitulah tiap-tiap minggu pon,..sing a song....'ah, busan pulak aku tunggu budak-budak ni nak masuk..terhegeh-hegeh...layan video dulu, nanti aku preview untuk dieorang pulak...'

Sunday, October 9, 2011

I'M WITH STUPID

tergolong lah kamu dikalangan manusia-manusia yang jahil lagi bodoh apabila memutuskan hubungan sesama saudara islammu hanya kerana kecintaan kamu kepada manusia..kan lagi bangus kalau kita berjihad kerana cintanya kita kepada Allah....cheh! apa begitu cetek ilmu seseorang yang bergelar ustad untuk aku kata macam ni?memang cetek pon...berfikir dan bertindak berlandaskan kata hati dan nafsu semata-mata...
~ beb, ustad pon manusia biasa, ada hati dan perasaan, nafsu n bla..bla..bla...
ahaks...ya...aku terlupa pulak....yang iman tu tak boleh nak sukat bukan, walaupun kita ni cekgu ke, pengemis ke, tukang buat rumah ke, cleaner sekalipun, tapi ilmu yang kita perolehi, tak sepatutnya disiakan beb, setakat mengaji tinggi-tinggi, quran dan sunnah jadi pegangan, tapi hampeh...ilmu yang ada tak dipraktikkan...tak apply pon...apa punya orang islam daa..
~erm...ustad celop tu...
hahahahahaha....bukan lah..kiteorang panggil dia ustad emo...emosi yang tak boleh blah...
~bajet bagus la tu kot....
entah...agaknya...perasan cool la kot...hahaha...
Rasulullah SAW bersabda :
Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dr 3 mlm,
maka siapa yg memulau lebih dr 3 mlm, lalu mati masuk kedalam api neraka.


Tidak dihalalkan bg seorang muslim memulau saudaranya lebih dr 3 mlm,
sehingga bila bertemu masing2 memalingkan muka, dan yg terbaik di antara keduanya ialah
yg mendahului memberi salam. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.

Mengambil faham dari hadis di atas, ulama telah sepakat mengatakan memberi salam itu penghapus dosa pemulauan.

Dalam hadis yg lain pula Rasulullah SAW bersabda :
Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis,
maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap org yg tidak mempersekutukan Allah dgn sesuatu apapun,
kecuali pada org yg masih bersengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat,
Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.

Didalam hadis di atas Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Allah telah befirman dgn mengulangi ayat
Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai sebyk 3 kali. Disitu Allah ingin menekankan kepada hambanya
bahwa Allah amat memurkai org Islam yg tidak bertegur sapa di antara satu dan lain.

Walaupun demikian sekiranya, salah seorang telah mengambil langkah utk memberi salam ataupun
memohon maaf sedangkan pihak yg lain tidak ingin menerima salamnya,
maka terampunlah org yg memberi salam tetapi bagi org yg menolakknya kekallah dlm kesesatan dan hasutan syaitan. Nauzubillah.

p/s : tak payah la nak blok-blok, delete fb org len...bajet macam orang nk tengok sangat page kamu...tak heran pon aih...

Thursday, October 6, 2011

THE TIRED-EST MOMENT



~arrgh...sudah lah....
apa yang sudah??
~entah, aku macam malas nak cakap, dan jugak malas nak taip...
cheh, kalau macam tu, tak payah la update blog, dowh....
~aku punya page, suka hati aku la... =P...ok, fine...aku story...
bajet best...
~lantak la best ke tak, yang penting aku teramat letih...letih gila...haaiihh...
apesal pulak, beb?
~kata tak best, pergi la jauh-jauh...hoh!
hahaha....merajuk macam kambin, macam aku nak layan...ok,ok...cer citer...
~takda apa pon nak cerita, cuma aku nak bagitahu aku letih je la...tu pon susah nak paham??
tahu la.....tapi apakah??
~banyak benda
salah satunya?
~macam biasa, aku letih kena observed....
semua tu kan akan menambahkan lagi skill mengajar, ok what...
~ya, sangat ok...ada aku cakap tak ok?cuma aku letih ja...buat discussion ja pon, nak juga di observed...nak di nilai, nak diberi markah kapada semua kriteria....
maybe kamu tak bagus...sebab tu dia nak observed....
~a'ah, rasanya...hahaha....bukan masalah bagus atau tak, masalahnya aku letih...letih nak explained yang kadang-kadang kelas aku mengajar tak boleh diobserved, tak memenuhi kriteria yang KPM nak....bukan semua periods aku mengajar, perlu juga pengukuhan...
oo000oo....tak tahu la pulak kena cukup segala macam...then?what happened?
~apa lagi, macam biasa, aku akan terangkan yang sekian-sekian period tidak boleh diobserved, kalau observed sekalipun, takda apa-apa skill atau kriteria yang akan dipenuhi...
tapi tetap kena observed kan??hahaha
~mana tahu?
dah kenal, tahu la... =)...then?mesti akan diobserved lagi..
~semestinya...lepas kejadian , dia ada bagitahu yang dia tak boleh nak nilai kerana hanya comunication dalam discussion....haaaihh...part ni yang buat aku letih, dah aku bagitahu, kalau buat pengukuhan ( jawab soalan ) memang tak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.....dan ayat-ayat macam ni aku akan ulang tiap-tiap minggu...best kan??
hahaha..this is best bro...relek la...dah dekat setahun macam ni....dah nak habis dah pon...
~a'ah..aku tengah tunggu saat-saat aku takkan lagi diobserved..macam study dolu-dolu...
sabar la...masa tu akan sampai...
~yang ko bajet macam bagus je nasehat aku ni apehal??
ska hati lah....ada aku kesah?
~ska hati kamu la wes...

p/s : banyak benda lain lagi yang buat aku letih....aaarrggghh....letihnya...letih....letih....!

Wednesday, October 5, 2011

REDHALAH HATI

‘Redhalah hati ini, ujian ini bukan satu bencana tapi nikmat yang perlu disyukuri bersama. Sesungguhnya, tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia diuji. Jadi, bersyukurlah jika diuji’.

Friday, September 23, 2011

HATI TENANG DAN BAHAGIA


hah!..assalamu'alaikum...
lama tak mengupdatekan diri, busy gila...~ SERIUS ~

Semua orang inginkan kebahagiaan. Tak ada orang yang tak mahu hidup bahagia. Orang gila lagi-lagi lah nakkan bahagia, malah mereka diberi bahagia bila dihantar ke Hospital Bahagia.

Bila seseorang itu bernikah, biasanya dia akan dapat ucapan “Selamat Berbahagia” daripada bekas teman lelaki/wanita, kerana perkahwinan itu membahagiakan.

Tapi, ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.

Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?
Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?

Oh, ia simple saja.
Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”

Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.
Namun kita sering terkeliru dan terkelabu dengan perkara2 seperti harta, pasangan, anak-anak dan sebagainya sebagai sumber kebahagiaan. Tidak, malah itu semua adalah elemen2 yang akan membahagiakan apabila kita bahagia. Berapa banyak orang kaya yang bunuh diri, adakah harta membahagiakan mereka? Berapa orang berkeluarga yang menghadapi tekanan perasaan hingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, adakah keluarga membahagiakan mereka?

Allah telah berfirman dalam surah ke-3 ayat ke-14 “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini, (yakni) wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”

Itulah bukti bahawa manusia sering keliru dengan punca2 kebahagiaan, kerana pada pandangan kita, wanita-wanita (pasangan), anak-anak, harta adalah subjek2 yang membuatkan kita bahagia. Sedangkan bila dah bernikah, dan beranak, masih juga hati berasa gusar, tidak tenang, dan tidak bahagia.

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.

2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.

3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….

4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.

5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.
6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.

7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.

8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.

9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan! hahaha..~

  SO, SELAMAT BERBAHAGIA!~ BAHAGIANYA AKU...OWH..BAHAGIAaaaaa!

Thursday, September 8, 2011

BERDUA KAN LEBIH BAEK

DOA & DOA...moga-moga aku dapat pindah ke semenanjung ujung tahun ni...ataupon lebih spesifik, pindah ke kedah....
bukannya mengajar kat bumi borneo ni tak best, tapi kehidupan kat semenanjung aku rasa lebih sempurna....
sememangnya dah takda hati nak mengajar di sini, tapi still menten ikhlas la....rela paksa~ =)

Wednesday, August 24, 2011

OH..YEAHH~

lepas hampir 3 bulan kau kat bumi borneo ni,

akhirnya.....akhirnya.....hahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahaha ( gelak macam orang cun ).....akhirnya esok...apa yang esok?? hahaha...esok aku akan balik semenanjung dowh!..gila ah...sampai je lcct tuh....hajat yang pertama : aku nak mesej semua kengkawan aku yg still lagi lepak kat bumi borneo ( apa kes ) tentang kepulangan aku yang teramat la syahdu gila dah pijak tanah semenanjung de...semua gila...nak sedut puas-puas udara semenanjung yang tercemar tuh..hoh!


dengan senang hatinya aku nak pergi beli McD, lepak dengan tenangnya sebelum time waktu berbuka depan gate menunggu flight yang bernombor plat AK5252...hahaha...best..memang best....maybe esok aku akan senyum ja sepanjang hari....hahahaha...this is best bro..~

korang yang lain??bila balik raya...ngeh3...

Monday, August 15, 2011

RAYA-RAYA


hahaha...bosan-bosan aku selalu layan lagu ni..yeah~


Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

( korus 1 )
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

( korus 2 )
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya

Sunday, August 14, 2011

LOVE IS WASTE OF TIME

huh...asaalamu'alaikum...
agak lama jugak tak mengarut tegah-tengah malam macam ni ( time ni kira tengah malam bagi aku berbanding time study dulu-dulu, tak tidur pon takda hal , kalau sekarang mebi aku mereng kalau tak tidur )

tengah-tengah malam di ambang pertengahan bulan puasa ni, hati berhajat nak dengar lagu raya, tapi aku tahan, takot sedeh bangat, teringat semenanjung pulak...haaihh...saiko bila hidup di perantauan... sangat...hanya yang mengalami situasi ni akan faham macam mana rasa sepinya lepak jauh-jauh gini...



 tak jadi layan lagu raya, layan lagu jiwang ja....teringat zaman-zaman mengaji dulu...single is simple, kapel is troble....sama saja di mana-mana tempat belajar pon, takkan dapat lari dari situasi loving kapel everlasting ni....hampeh je semua tu..percaya la..sebab aku dah pernah alaminya...hubungan tu cuma lebih kepada persinggahan semata-mata, tak everlasting, tak abadi...

so, kepada budak-budak kolej aku sekarang ni, sudah-sudah la buang masa tu... cinta tu bukan boleh bagi semangat untuk korang belajar dengan lagi best pon...cheh! melalaikan korang lagi ada...serius!

sebabnya, korang bukan tahu pon cinta tu apa....yang korang tahu rasa geli-geli bila dating..kan??

 cinta di alam budak-budak yang boleh aku tafsirkan still berhingus, berak sendiri pon kena orang lain yang flash, kasut sekolah setahun tak basuh, campak dalam sungai boleh mati semua ikan..tu pon ada hati nak berpasangan....

p/s : dah la subjek fizik asyik failed je, cinta sakan, study tunggang langgang...








Monday, August 1, 2011

RAMADAN DI TANJUNG MALIM




Salam ramadan al-mubaraq...
haaiihh....banyak betul tempat-tempat yang aku pernah pijak buminya untuk berpuasa...di matrik, di universiti, dan sekarang kat tempat cari pasal..eh..cari rezeki da....dan tempat yang paling pernah jauh aku duduk untuk berbuka puasa...
tapi asyik terkenang nasik lemak kukus makcik tg.malim, sup encik saudagar juga di tanjung malim, cendawan goreng adik hensem berjerawat, jugak kat tg.malim...tu belum cerita pasal tomyam I LOVE U corner, ikan bakar ketoyong, chiken chop  easy cafe, aarrgghh............!banyak lagi lah!...

bila la aku nak balik makan semua tu.....lagi best kalo leh lepak dengan korang yang kat atas..ada ramai lagi, kalo asyik upload gamba semua, esok pagi pon tak habis .....

tak kisah lah...walau kat mana pun korang sekarang....SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA... (^_^)...tak saba nak balik kedah..hoh!

Friday, July 8, 2011

MASA ITU EMAS












owh...kenangan lama aku....yang mana students semuanya 'jahat'...

ya, betul..semua mereka ni jahat....disiplin tahap mangkuk meggie...tapi aku sayang...

bila aku mengajar di tempat lain, aku selalu membandingkan mereka yang jahat ni.....

entah la...maybe aku tension sangat, dah berbulan-bulan aku kena observed...setiap kali aku ada physics period...sampai aku hilang fokus untuk mengajar apa yang patot aku ajar dengan students aku sekarang...aku takda la salahkan mentor aku, tapi oh Tuhan, tolonglah bagi aku sikit privacy, untuk aku dengan students aku sendiri....mengharap untuk dia paham apa itu ruang peribadi....

selain fizik, aku nak kena mengajar sejarah, kemahiran hidup, sivik, dan pendidikan seni...kalau dah tiap-tiap hari aku nk kena observed, matapelajaran lain, tak mampu untuk aku fokus...aaargghhh!!!!...memang hampeh..

kalau students aku sekarang macam mereka yang 'jahat' kat atas ni, aku takda la kesah sangat, masuk, bagi equation, sudah boleh faham apa yang aku nak ajar hari kejadian tu...nak observed aku dari pagi sampai petang pon takpa...

masalahnya, bila diobserved, aku hanya dikomen tentang penggunaan grammar aku yang tak betul....apekah?bla..bla..bla.....sampai dah naik muak telinga aku dengar teguran yang sama...aku bukan cekgu bahasa inggeris, lagipun fizik tiada kaitan dengan medium bahasa...aleh-aleh, grammar aku jugak yang menjadi masalah...


owh mentorku...i luv u...bukan nak salahkan kamu, cuma terlebih sudaa...

Tuesday, July 5, 2011

hari isnin, 4 julai 2011....

pagi yang bagi aku cukup pressure, sebab kejap lagi aku nak kena ajar pressure sambil biasanya diobserve mentor kesayangan yang sangat rajin tahap dewa & baik hati tahap dewi....

kelas awal gila, 6.45am aku dah kena ready di makmal fizik, tapi dimaklumkan, makmal banjir pulak, paip dalam bocor dengan sengajanya...jadi dengan malasnya aku gerak pergi kelas untuk mengaja...

cekgu 1 : cekgu eton, apesal u hiding-hiding ( sembunyi-sembunyi) ni jalan??
aku : eh, nilah gaya jalan yang termancho skg...( still lagi aku hiding and tengok dekat mentor aku, takot-takot dia perasan aku dah nak gerak gi kelas...)

~melangkah je dari pintu bilik guru, aku pon dengan bestnya berjalan penuh yakin, dalam hati : " haha, dia tak nampak, mintak-mintak tak ingat kelas aku sekarang ".....~letih diobserve setiap period~

sampai kat kelas....mcm biasa...greeting is the most important..'good morning clas'...dari sayup-sayup kejauhan aku dapat lihat dengan jelas mentor aku dah siap duduk dengan selesanya di belakang...haaaaiihhh...lagi awal dari aku rupanya...

pressure semakin bertambah, fokus sudah hilang, dan pengajaran+pembelajaran jadi kurang teratur....

owh tuhan..bila agaknya aku boleh bebas~

Monday, July 4, 2011

JUST A STUPID DEMONSTRATION

Bersih dalam kotor!




Sinar Harian 4 Jul 2011

Seperti yang saya sebut dalam program Bicara Rakyat, secara langsung TV1, Jumaat lalu, dalam sistem demokrasi, rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat melalui pelbagai saluran. Tidak salah berdemonstrasi kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan. Asas demokrasi adalah kerajaan dari rakyat, untuk rakyat. Tetapi satu perkara kita harus ingat, jika kebebasan tersebut boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan rakyat, maka demonstrasi perlu difikirkan kembali. Apakah sudah tidak ada altenatif lain pada zaman globalisasi ini dalam menyuarakan pendapat selain berdemonstrasi?


Kenapa tidak dibuat demonstrasi tersebut secara tertutup seperti di stadium? Kenapa harus di jalanan? Adakah suara demonstrasi di kawasan tertutup tidak didengari? Pada saya, di mana jua demonstrasi diadakan, impaknya pasti ada, tidak semestinya di jalanan. Tempat yang paling sesuai untuk berdemo adalah di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor, berhampiran Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur tidak sesuai disebabkan oleh kepadatan dan kesesakan yang telah sedia ada.


Saya masih teringat minggu lalu ketika berlangsungnya acara Kuala Lumpur Marathon 2011, bermula dari jam 5.30, apabila sesetengah jalan ditutup, kesesakan jalan raya amat dirasai. Kebetulan saya berada di dalam bas ketika itu daripada Pulau Pinang. Lebih satu jam bas berlegar-legar di sekitar bandaraya kerana pemandu tidak dapat menurunkan penumpang. Akhirnya saya turun sahaja di tepi jalan untuk balik ke rumah sebagai persiapan untuk memberi ceramah motivasi di Memorial Tun Hussein Onn, pada jam 10.30 pagi. Ceramah motivasi tertunda kerana semua peserta terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dalam hati saya berkata, ”ini baru Marathon, bayangkan jika demonstrasi Bersih menjadi kenyataan”.


Saya cadangkan jika Marathon yang sama hendak diadakan tahun hadapan, cukuplah sekadar mengelilingi Tasik Perdana (Botani) berkali-kali, tidak perlulah menutup banyak jalan sehingga berlaku kesesakan dan menyusahkan rakyat. Masa dan tenaga (termasuk petrol) banyak terbuang. Tidakkah masa yang terbuang itu lebih sesuai dimanfatkan untuk anak isteri di rumah. Bayangkan juga, tenaga petrol yang digunakan akibat kesesakan. Jika dikumpulkan semua tenaga yang terbazir dan disedekahkan kepada fakir miskin dan ibu tunggal, bukankah banyak pahala yang dapat kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.


Lagi pula terdapat begitu banyak tempat strategik yang lain seperti Stadium Melawati, Shah Alam atau mungkin juga Bukit Jalil, kenapa Bersih masih berdegil untuk berada di tengah Bandaraya Kuala Lumpur? Saya yakin, mereka tahu, jika dibuat di luar Kuala Lumpur, sambutannya sudah pasti tidak memberansangkan.


Mereka tidak mahu melihat seolah-olah demonstrasi tidak ada orang. Maka untuk melihat ramai, medan orang ramai digunakan. Dengan harapan, dengan berada di sana bersama orang ramai, mereka akan kelihatan ramai. Maka tercapailah hasrat untuk menghimpun ratusan ribu orang. Wal hal yang datang tidak seberapa. Inilah laba politik yang ingin dicapai. Mereka mahu memperlihatkan demonstrasi tersebut benar-benar mendapat sambutan, walaupun hakikat sebenar tidaklah sedemikian.


Saya amat mengharapkan Perkasa, Pemuda Umno dan Pertubuhan Silat Melayu, yang semuanya umat Islam yang ingin turun sama berdemonstrasi, tidak bersikap seperti mereka. Apa bezanya kita jika sama seperti mereka. Dua kali lima sahaja. Amat hina sekali melihat pertembungan sesama umat Islam. Biarlah kumpulan ini ditangani oleh polis dan tentera.


Kita selalu membandingkan situasi kita dengan demonstrasi di di Thailand. Politik di sana berbeza dengan negara kita. Thailand adalah negara sebangsa, budaya dan cara hidup mereka sama. Begitu juga di Indonesia. Mereka hanya ada dua kumpulan, pro dan anti kerajaan. Berbanding kita, kita adalah sebuah negara berbilang bangsa, agama, budaya dan cara hidup. Politik kepartian amat kuat dan ekstrem. Parti politik berasaskan bangsa. Keadaan kita jauh lebih kompleks. Sudah pasti dalam banyak perkara kita tidak sehati sejiwa. Apakah kita tidak menjangka ada orang yang akan mengambil kesempatan. Wahai umat Islam! Janganlah mudah untuk diperalatkan.


Tidakkah kita terfikir dengan banyaknya perbezaan ini, ada pihak-pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan kita dengan melakukan pelbagai provokrasi. Mereka mahu kita berantakan, kerana itu adalah salah satu perancangan mereka. Kita selalu menuding jari kepada polis yang melakukan provokasi. Saya yakin di luar sana masih ramai kafir harbi yang sedang menunggu kesempatan.


Cuba buat perbandingan, sedangkan perhimpunan sukan secara tertutup pun pergaduhan berlaku macam seolah-olah tidak kenal saudara. Inikan pula perhimpunan terbuka. Masihkah kita ingat siri perlawanan bola sepak di antara pasukan negeri Kelantan dengan Negeri Sembilan dan Selangor. Kerusi stadium, trak polis dibakar dan macam-macam lagi perkara menyedihkan berlaku, termasuk kematian akibat balingan botol (Stadium Melawati). Kekecohan ini juga berlaku di hadapan tok guru. Bayangkan jika yang memimpin demonstrasi ini begitu jauh sifatnya dengan tok guru. Beliau bukan sahaja tidak ada status tok guru, malahan sikap anti Islamnya begitu terserlah ketika menjadi memimpin Majlis Peguam.


Persoalan yang tidak dapat dijawab oleh panelis PAS dalam Bicara Rakyat tempoh hari, apakah jaminan perhimpunan tersebut akan berlangsung dalam suasana dan keadaan aman? Siapakah yang boleh memberi jaminan tersebut? Apakah pemimpin Bersih begitu berwibawa boleh mengawal manusia yang katakan bilangannya begitu ramai? Bagaimana pula jika ada kalangan mereka yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan pergaduhan? Minta maaf cakap, dalam keadaan masyarakat yang terlalu banyak perbezaannya, saya tidak percaya bahawa semuanya anggota Bersih yang turun akan bertindak seperti malaikat?


Kumpulan yang mengambil kesempatan berada di mana-mana, mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk mencetuskan pergaduhan. Janganlah terlalu menuding jari kepada polis. Bayangkan jika bukan polis yang mengawal keselamatan dan kesesakan jalan raya. Apa akan jadi dengan bandaraya ini.


Wahai Islam, jangan mudah tertipu dan akhirnya kita akan ditipu. Lagipun beliau bukan ahli politik. Jika masalah daftar pemilih pilihan raya yang menjadi isu utama. Yang sepatutnya lebih sensitif adalah parti-parti politik kerana mereka yang akan bertanding. Bukannya NGO seperti yang didakwa. Apa kepentingan NGO dalam daftar pilihan raya kalau bukan untuk mencari publisiti? Beliau cuma mahu mencari publisiti untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kesempatan ini digunakan untuk mempopularkan dirinya. Jangan terpedaya dengan permainan silap mata ini.


Perkembangan terbaharu meyakinkan lagi saya mengapa kumpulan ultra kiasu ini harus ditolak dan tidak boleh dipercayai dan ditolak. Walaupun isu yang saya bangkitkan agak sedikit lari daripada tajuk, tetapi ia mempunyai kaitan rapat dalam menilai integriti atau meletakkan kepercayaan terhadap seseorang. Saya tidak nafikan hak rakyat untuk berhimpun. Tetapi bukan diketuai oleh ultra kiasu ini. Tuhan sahaja yang tahu sama ada mereka benar-benar ikhlas atau sebaliknya. Sudah tidak ada orang Islam lainkah yang boleh dijadikan pengantara atau rujukan? Atau sekurang-kurang carilah bukan Melayu yang begitu memahami jiwa, sensitiviti dan perasaan umat Melayu Islam? Janganlah berketuakan pengantara yang pernah menghina dan menginjak-injak Islam. Lina murtad Lina Joey dan penghinaan terhadap mahkamah syariah masih terngiang-ngiang di telinga dan amat sukar dipadamkan dalam lipatan sejarah.


Apatah lagi, saya cukup sedih apabila kehadiran 12 wakil rakyat parti ultra kiasu yang tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada Upacara Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-17. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai ‘kurang ajar’ kerana tidak menghormati majlis. Memang benar, pakaian rasmi tidak diwajibkan, mematuhi etika pemakaian pada upacara berkenaan secara zahirnya menunjukkan seseorang itu menghormati negeri, ketuany aserta DUN itu sendiri.Tindakan, tabiat dan tingkah laku ini boleh dikatakan berlaku di mana-mana sahaja negeri mereka berada.


Jelas dan terang, pemakaian songkok pula bukan simbol agama, masyarakat di India pun pakai songkok walaupun mereka bukan Muslim.Songkok hanya melengkapkan pakaian seragam. Parti ultra kiasu sama ada di Semenanjung Sabah dan Sarawak telah lama mempersoalkan pemakaian seragam rasmi dan songkok pada upacara pembukaan persidangan kerana menyifatkan ia menafikan kebebasan beragama di samping membazir wang rakyat. Berapa sen sangatlah harga songkok dan baju Melayu berbanding dengan harga pakaian barat yang dibanggakan itu? Di Indonesia berapa ramai orang Kristian yang memakai songkok. Kenapa mereka begitu selesa sedangkan kita terlalu sensitif. Sebenarnya, kita terlalu memandang rendah kepada bangsa lain. Kita tidak mahu dipandang rendah sama. Tidakkah lebih baik kita lebih memahami Melayu daripada Mat Salleh?


Kenapa kita boleh begitu berlagak dan berbangga dengan pakaian barat blazer, jacket, dan tie tetapi, bila ada konotasi dengan Melayu kita memandang hina. Adakah ini wajar? Bila orang Melayu memakai pakaian Cina, kita seronok. Kenapa kita tidak ‘raikan’ Melayu dengan memakai pakaian Melayu. Adakah ‘budaya Melayu’ ini begitu hina?Kita begitu berbangga dengan pakaian skirt yang begitu pendek sehingga ternampak yang tersurat dan tersirat. Tetapi memandang hina pakaian yang ada konotasi dengan Islam.


Kenapa kita terlalu obses dengan bangsa yang begitu jauh dengan kita, sedangkan bangsa yang terdekat dan merupakan penduduk induk di negara ini tidak dipandang endah, malah dihina lagi? Tidakkah semua agama menganjurkan pakaitan yang bersopan? Dari mana datangnya sumber memakai yang seksi-seksi ini jika bukan dari barat? Hina sungguh kita. Sanggup ketepikan budaya masyarakat tempatan kerana terlalu obses dengan barat. Sanggup ketepikan bahasa kebangsaan, kerana terlalu mengejarkan bahasa Inggeris. Adakah tindakan ini wajar dan mampu menjamin keluhuran pembangunan sebuah negara bangsa?


Pelik sungguh, bila tiada kepentingan, mereka begitu angkuh. Namun, bila ada kepentingan, misalnya penerimaan anugerah bintang dan pingat, kumpulan muka tidak tahu malu ini, tidak segan-segan mula mengenakan ‘pakaianMelayu’.


Berasaskan kepada hujah-hujah ini, apakah kita boleh menaruh kepercayaan kepada Bersih? Tidak. Sebenarnya mereka adalah bersih dalam kotor. Nampak suci tetapi berdebu. Pada saya, selagi mana mereka tidak hormat budaya bangsa induk negara ini, selagi itulah golongan ini tidak boleh dipercayai. Mereka ini ibarat duri dalam daging atau api dalam sekam. Sentiasa mencari kesempatan atau menangguh di air yang keroh.


Saya tidak yakin demonstrasi Bersih ini akan menjadi kenyataan jika tidak disokong oleh umat Islam. Mereka tidak akan berani mengangkat muka pun jika kita tidak bersama mereka. Kenapa mereka begitu bongkak? Jawapannya, amat mudah, kerana mereka tahu, kita tidak sehati sejiwa, kita berpecah, kita terlalu mabuk kuasa, kita sanggup menabur pasir di periuk saudara sendiri, kita menikam sesama sendiri dan terlalu banyak kelemahan kita.


Peluang keemasan sebegini mungkin mereka tidak akan dapat pada masa akan datang, maka kelemahan umat Islam hari ini dimanipulasikan sepenuh untuk mendapatkan apa yang selama ini dicita-citakan. Moga dijauhkan Allah SWT daripada perancangan jahat dan licik sebegini. Wahai umat Islam! kita sudah tidak ada banyak masa, bangunlah, buka mata dan buka minda, sebelum terlambat atau nasi menjadi bubur. Yakinlah, apabila nasi sudah menjadi bubur, apa cara juga yang digunakan, bubur tidak akan menjadi nasi semula. Ketika itu orang lain sudah menjadi terlalu berkuasa. Mereka mempunyai rakan-rakan sebangsa yang begitu ramai di luar sana yang sedang ternanti-nanti untuk masuk ke dalam wilayah atau kawasan kita.

source : http://ridhuantee.blogspot.com/

Tuesday, June 28, 2011

YANG AKU PALING MALAS

YA..interview esok pagi...dan aku sangat malas...~

Wednesday, June 22, 2011

SUAMI ORANG LAIN DAN ISTERI ORANG LAIN

assalamu'alaikum...

hari isnin, 20 june 2011....

aku dengan tenang aman dan damai, lepak-lepak di kantin dengan teman seperjuangan...sembang punya sembang + makan nasik goreng kampong telo mata lembu, tiba-tiba ada seseorang melaung nama penoh aku yang tak penah orang panggil pon kat sini..

CEKGU JUWITA!

aku tersedak lalu buat tak tahu sebab kurang alert dengan nama sendiri:

CEKGU JUWITA!

dengan malasnya aku macam nak sound je mamat yang panggil aku tu, tengok-tengok encik aeron rupanya...tak jadi aku nak marah sebab dia hemsem sangat...terus parking di sebelah aku dan order~

cekgu : dari mana nak kemana?
en.aeron : special makan, mesti sedap~
cekgu : (dalam hati , lain yang aku tanya, lain yang dia jawab) tapi tak apa, hemsem punya pasal...
en.aeron : bla...bla...bla....
cekgu : bla..bla..bla...

dalam aku dan en.aeron berborak tak hengat dunia tu, ramailah cekgu-cekgu seperjuangan dengan muka konpius tak boleh blah, masing-masing berkerut memikir, siapakah gerangan jejaka perasan mancho yg tengah lepak sebelah aku dengan mesranya bersembang seperti kantin sekolah tu bapak mentua kawan aku yang punya!

ah, malas layan..nanti-nanti lah aku jawab soalan korang semua...

lepas makan habis sepinggan, air segelas ( menu yang sama macam aku jugak ), bergelak ketawa riang gembira .........

en.aeron : ok lah, saya balik dulu, insyaAllah, hari rabu kiteorang datang lagi kat opis.
cekgu : ok lah, maksudnya saya kena tunggu di pejabat lah hari rabu ni??
en. aeron : eh, mana tahu maksud saya ni? =P
cekgu : biasalah..kan kita ada chemistry...kita panggil apa??chemical bond ( ajaran cekgu tajol)

en.aeron : hahaha, babai...jumpa lagi ( sambil kenyit mata yang galak itu )
cekgu : ( balas kenyit dua-dua belah mata ) owh! hari yang buat aku tersenyum..

1 situasi yang lain, di tempat parking muto aku...

cekgu 2 : waaahh....hemsemnya hasben eton...dia ada kursus ke kat sini??datang melawat eh?
cekgu : hah??bila pulak laki aku datang...kursus apa?? bengong-bengong aku dibuatnya....

cekgu 3 : senang hati nampak..tahu la boleh lepas rindu tadi...
cekgu : eh, apa gosip yang aku terlepas ni??apekah?

selidik punya selidik, rupanya dieorang ingat en.aeron tu hasben aku daaa....ya ampun.....

bukan tuan-tuan dan puan-puan.....anda semua salah...

kemesraan itu sudah disalah tafsir~tralalala...tralalallalala...

Sunday, June 19, 2011

CERITA KELAS 1 :

 SITUASI 1:
masa sekarang ( hari khamis, 16 june 2011 ) : aku tengah mengajar sejarah kat kelas  tingkatan 2..

cekgu : apa nak jadi dengan kamu ni, saya dah pesan banyak kali jangan sesiapa pon dapat gred melainkan A sahaja untuk matapelajaran sejarah ni ( walopon aku baru je ambil alih kelas ni dalam seminggu gitu)...bla..bla...bla...sambil aku membebel dengan banyaknya berbakol-bakol

pelajar 1 : cekgu, apa benda yang cekgu tulis kat depan tu

cekgu : yang dapat A : CORRECTION 1x, yang dapat B : corr 3x, yang dapat C : corr 5x , yang dapat D ; corr 10x dan yang gagal corr 20x termasuk soalan dan jawapannya sekali.

pelajar 2 : ya Allah cekgu...banyaknya....sambil budak-budak ni cakap sesama sendiri, mebi tengah kata aku sangat kejam, pemerintahan kuku besi macam dalam prasejarah yang dah dieorang blajar dan sebagainya...

cekgu : start buat sekarang, atau saya tambah lagi banyak pembetulan tu

pelajar : ok cekgu...

cekgu : tahu pon korang, sapa suroh tak serius jawab paper aku walaupun bukan aku yang mengajar...wakakakakaka...

Thursday, June 9, 2011

BUKAN NAK JUAL ORANGNYA

assalamu'alaikum...

hahahahahahhahahaha...( gelak macam dah sewel )..aku pon tak tahu apesal ala ku gelak tak pasal-pasal...mereng pon ada...gila tu ada sikit-sikit....

2 minggu bercuti kat semenanjung setelah balik dari bumi 'italy', OWH...! er..best la jugak...lepak dengan kengkawan yang kuat 'bersukan' ( cekgu y0n dan kawannya) ditambah dengan lepak dengan ahli famili..( lepak bersama suami tak disebutkan disini kerana kelucahan melampau )

so, bukan kehidupan di semenanjung yang aku nk cerita kat sini...tapi ada announce aku nk display sebenarnya.....

ceritanya...encik mana entah ( perasan hensem je lebih ) mintak tulong aku iklankan muto dia dalam blog aku yang feymes tak hengat ni untuk tontonan umum, yang mana dia dah busan naik kawasaki ninja dia yang lebih cun kalau aku yang bawak, untuk dijual kepada sesiapa yang berminat...kerana minat encik tadi dah bertukar kepada muto berkuasa jet turbo syeikh muzafar syukor (ex BF aku dulu ) pulak, dan bukan performance ala-ala ninja turtle cerita kartun kura-kura zaman aku kanak-kanak ribena dulu...

sila tonton dulu....~

 250cc/ RM15000++

 ok...sudah puas menonton??belom lagi???di ulang lagi sekali..usha muto sahaja, bukan orangnya..ok...

so, bagi sesiapa yang berminat nak memiliki muto ni ataupun stakat nak tanya-tanya buang masa pon boleh...emelkan kat etoi_bijak@yahoo.com...traksaksi hanya diterima dalam ringgit malaysia dan brunei/singapore dolar sahaja...

Thursday, May 26, 2011

HAHAHA.... =D




Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

dedicated to aeron celop..~

Tuesday, May 3, 2011

BILA KEKASEH DIFITNAH..?


(Kampung Garuda dalam filem Hikayat Merong Maha wangsa rupanya adalah kampong chendering di Terengganu)
Pada suatu hari, di semenanjung emas, dalam kitab melayu lama kononnya, terdapat satu Hikayat Moron Murah Mangsa akan kisah seorang ketua pemberontak yang telah di tuduh berzina dengan seorang puteri dari china, lalu apabila rakyak jelata yang ingin mengetahui kebenaran bertanya kepada puak puak penyokong ketua pembakang itu (kerana mereka sepatutnya kenal kelakuan ketua mereka), apakah benar ketua kamu berzina?

Maka, dengan penuh emosi dan marah, mereka menafikan serta merta, lalu mendakwa bahawa semua ini adalah fitnah dan gossip semata mata.

Mana mungkin ketua pemberontak kami berzina? Beliau adalah pilihan tuhan, ini semua adalah konspirasi Raja melayu yang di bantu oleh tentera ROM.

Lalu Rakyatpun menunjukkan bukti akan salinan FLV kelakuan seorang penzina yang mukanya ada iras ketua pemberontak dan bertanya, apakah benar ketua kamu berzina dalam video ini?

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit, ini semua adalah konspirasi! Ketua saya adalah orang beriman dan bertakwa!

Lalu Rakyatpun menunjukkan bukti lain bahawa salinan FLV itu melengkung dan nampak buncit akibat proses conversion atau Format Wide Screen TV kerana imej yang dirakam pada 4:3 aspect ratio 16:9.

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit sangat!, perut ketua saya buncit sikit jer.
Lalu Rakyat bertanya, kamu yakin ketua kamu tidak berzina?

Ya, kami yakin! Mana mungkin ketua kami berzina, beliau adalah pilihan tuhan, beliau telah di zalimi. Ini semua fitnah!

Rakyat masih bertanya lagi, ketua kamu berani bersumpah menafikan fitnah ini?
Mana boleh bersumpah, sumpah tiada dalam islam, sumpah untuk suami isteri sahaja, saya bersumpah bahawa sumpah itu tak betul, bla.. bla.. bla..

Lalu guruh dan kilat pun berdengung dengung di langit hitam..

*******

Ok, kita tinggalkan dulu Hikayat Bohong Moron Mangsa ini, kita kembali ke studio untuk ikuti ulasan Hamka keretamayat berhubung isu ini.

ULASAN KERETAMAYAT:
Tuan tuan dan puan puan, jika kita menuduh orang yang tidak berzina itu berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh membutakan kita masuk api neraka.

Sama juga, jika kita membela orang yang berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh jugak masuk api neraka.

Sekarang aku tengok, puak puak pembangkang begitu bersungguh-sunnguh mempertahankan ketua mereka daripada fitnah ini, baik yang berdogol, berserban atau berkopiah, lepas tu guna ayat ayat al quran membetulkan tindakan ketua mereka, yakin benar mereka nampaknya akan ketua mereka tidak bersalah, seolah olah ketua mereka tu mat som (orang yang bebas daripada dosa)

Aku pernah tulis ala-ala isu ni dalam “menghina kekasih orang” yang mana aku cakap: Jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih..
Sebab kekekasih kita tidak semestinya betul, jika beliau buat salah, dan kita mempertahankan kesalahan mereka, jadi angkuh dan bengonglah kekasih kita..

Tapi dalam kes ini, jika ada orang menfitnah kekasih kita, apa korang buat? Ada korang ikut cara nabi berhadapan dengan fitnah?

Apa islam tak ajar ke cara menghadapi fitnah?

Islam dah ajar!, korang tu yang perasan pandai tak nak rujuk sejarah!
Hari ni korang melenting bila orang fitnah kekasih korang, lalu fitnah balik orang yang menuduh, bila orang cakap kekasih korang berzina, korang balas, kekasih orang lain bom orang, hampeh!

Orang bagi bukti bergambar, korang nafikan,” ya! betul gambar lelaki ni macam ketua saya, tapi perut tak sama, zakar jugak tak sama, zakar dalam gambar ni besar dan panjang, tapi zakar ketua saya.., (argh, malas aku nak tulis)

Mari sini aku nak cerita kepada korang yang mengaku berjuang ugama islam akan bagaimana caranya nak ‘menjawab’ jika kekasih atau ketua kita di fitnah mengikut ajaran islam.

Mari dengar sini tuan tuan da puan-puan,

Kita balik kepada kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Pendek cerita, pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad…, Aisyah r.aha isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a..

Maka orang munafik (juga sebahagian orang islam) telah ambik peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh telah berzina dengan Sofwan…

Berita ini menyedihkan Nabi, tapi Nabi takdenya menjawab macam korang seperti:, isteri saya pilihan tuhan, saya kenal isteri saya, isteri saya suci dan tak akan buat dosa. Bla bla.. bla, takde maknanya!

Nabi diam sahaja, dan banyak beriktikaf di masjid bertawajuh kepada Allah.

Aisyah isteri nabi sangatlah sedih bila kena fitnah, bertambah sedih bila Nabi Muhammad SAW tak back up pulak macam puak pembangkang hari ni, dan Nabi siap suruh aisyah bertaubat lagi, aduh.., memang sedih, dah lah tak salah, tapi kena taubat, bila Aiysah merujuk kepada bapaknya yang mengenali dirinya sejak kecik iaitu abu Bakar R.a, suruh bagitahu pada Nabi yang beliau ni suci, Abu Bakar menyebelahi Nabi, dan berkata: “bertaubatlah nak, jika kau benar, Allah pasti menolong.” Kata abu Bakar lebih kurang..

Masa tu wahyu pun tak turun untuk jelaskan isu ni, Nabi memang sedih, lalu bila Nabi bermesyuarat, ada cadangan dari sahabat nabi agar menceraikan Aisyah. Perkara ini menambahkan sedih aisyah r.aha.., lalu beliau tidak mengharap kepada siapa siapapun melainkan Allah, lalu berdoa dan bertawajjuh, akhirnya, turun ayat yang mengsucikan Aisyah isteri nabi.

Nabipun gembira dan orang yang buat fitnah telah dihukum.

Simple!

Moral: Bila isteri Nabi di fitnah, Nabi tak bela macam korang bela ketua korang yang di fitnah, sebaliknya Nabi bersabda: “jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya”

Itu yang terbaik..,

Dulu ada orang pernah tanya aku pasal sudin ajaib lelaki tabligh yang berkahwin dengan budak budak.

Aku jawab: jika terbukti ada kes memperdaya, atau menipu, atau ‘pukau’, atau ‘menculik’ serta mendera kanak kanak, maka kena hukum jugak, tak kira siapa dia, ketua tabligh ke? Lelaki ajaib ke? Jika terbukti salah, tetap kena hukum.., sebab Nabi bersabda, jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, Nabi tak pilih kasih, yang bersalah, cukup bukti, kena hokum, habis cerita, kenapa nak pening kepala masuk neraka bela orang buat dosa atau fitnah orang buat dosa?

Jadi, Jika terbukti ketua pembankang meliwat saiful, atau berzina dengan anak cina, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum.., mungkin kena rejam jika ikut hukum Islam..,

Nasihat aku, pengikut pengikut ketua pembakang yang berlagak faham ugama,tak payahlah guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa korang, baik korang buat macam Nabi, bila isteri di fitnah, cool,, sabar dan tidak ‘bias’.., sebaliknya memperbanyakkan iktikaf di masjid sambil menambahkan tawajjuh kepada Allah, kepada ketua pembakang, tak payah jugak nak mengamuk, tiru jer macam Aisyah isteri nabi, sabar, bertaubat dan bertawajjuh, jika korang benar, pasti Allah akan tolong korang sebagai mana Allah menolong kekasih kekasihNya..

(itupun jika korang benar..,ok)

Ok lah, tak perlu sambung kisah Hikayat Moron Murah Mangsa di atas, sebab mereka semua sudah mati di panah petir.

Kita tutup dengan pantun yang di petik dari kampong Garuda, atau nama terkininya Chendering.

Sampai Masa Tibanya Waktu...
Redup Hati Kamu Berdua...
Bila Dua 'Parti' Bersatu..
Hidup Mati Jadi Bersama

Woha!

Ps: Cerita Hikayat Moron Murah Mangsa di atas adalah ciptaan semata mata, jika ada kena mengena dengan peristiwa hari ini, anggapalah itu adalah suratan dan takdir-:) Peace!

Thursday, April 28, 2011

MUSTAHIL!!

 MUSTAHIL!!!, MUSTAHIL, MUSTAHIL!!!!

MUSTAHIL Mak bapak aku melahirkan aku dan menjadi manusia yang nampak berjaya TIDAK dapat menilai yang mana BETUL dan yang mana SALAH.

MUSTAHIL!!!, MUSTAHIL, MUSTAHIL!!!!

MUSTAHIL semua ini PETUNJUK yang aku POHON kerana aku RASA Islam Aku lebih baik dari orang lain.

MUSTAHIL!!!, MUSTAHIL, MUSTAHIL!!!!

MUSTAHIL, Hati aku TIDAK dapat TERDETIK petunjuk semua ini kerana aku RASA aku telah menjalankan Amal Maaruf Nahi Mungkar seperti apa yang aku RASA disaran kan oleh ISLAM.

MUSTAHIL!!!, MUSTAHIL, MUSTAHIL!!!!

MUSTAHIL semua ustaz-ustaz ku yang BERSULAM dengan ayat-ayat Allah GAGAL melihat semuanya ini adalah mainan POLITIK semata-mata.

MUSTAHIL!!!, MUSTAHIL, MUSTAHIL!!!!

MUSTAHIL ahli politik yang aku SOKONG dengan KEPETAHAN mereka berkata-kata SANGGUP menyembuyikan KEBENARAN dan melaungkan PENIPUAN.

MUSTAHIL!!!, MUSTAHIL, MUSTAHIL!!!!

MUSTAHIL aku TERPAKSA behempas pulas MEYAKINKAN diriku bahawa :-
Semua PETUNJUK sudah semesti KONSPIRASI, KORUPSI, FITNAH peringkat tertinggi. KERANA itu saja ALASAN yang MASIH ada untuk aku MEMPERCAYAI apa yang BERLAKU di sekeliling ku.

Dan amatah MUSTAHIL aku di dalam golongan HATI yang TERHIJAB !!!..........


.
“Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, (bukankah) mereka mempunyai HATI yang dengan itu mereka dapat MEMAHAMI, atau mempunyai TELINGA yang dengan itu mereka dapat MENDENGAR? MAKA SESUNGGUHNYA BUKANLAH MATA ITU YANG BUTA, TETAPI YANG BUTA, IALAH HATI YANG DALAM DADA.” (Surah Al Hajj Ayat 46 )


SUMBER :PARANGkontot

Sunday, April 24, 2011

JIWA COMIC

 

maybe ramai yang tak tahu, betapa utopia sangat penting untuk seorang penggila comics macam aku...kalau tanya insan-insan yang tak tahu apa itu utopia, memang dia akan cakap..' apa lah sangat kalau setakat tak dapat beli utopia tu, macam bagus, macam best, macam dunia akan kiamat kalau tak dapat baca.'....
memang dunia tak akan kiamat, memang tak best, memang tak bagus, untuk mereka-mereka yang tak minat,untuk mereka yang tak tahu nak menilai apa itu kehidupan editor sebuah komik, tak tahu nak hargai apa itu bakat seorang yang mampu 'bercomics'...disebabkan aku tak mampu, tak ada bakat, tak dianugerahkan kelebihan untuk 'bercomic', hanya tahu menikmati saja...thats why lah comics sangat penting untuk aku....bukan itu saja..apa-apa saja genre buku yang ada dekat muka bumi ni yang memberi kebaikan, motivasi, yang boleh buat hati aku riang ria gumbira..akan aku hargai, tak tertumpu hanya pada utopia semata-mata...

kalau tanya pada sahabat handai yang kenal aku, pasti diaorang paham dengan entry aku kali ni....& antara yang paling memahami aku adalah 'manusia berbulu'....tak pernah menyokong, tapi tak pernah membantah~

~utopia terbaru sudah di depan mata, tak perlu pesan berkali-kali lagi~

Friday, April 22, 2011

HIDUP BERMAKNA

Assalamu'alaikum...

takda apa yang nak dinyatakan...

cuma nak cakap, hidup itu bermakna bila ada sahabat dan handai...

tiba-tiba mood zaman study dulu-dulu menerjah ruang fikiran....aku teringat dengan korang semua...apin,lina,imah,yon,ain,shafa,sha,imah fizik, marcela,shad,ayu,ahhh...semua budak-budak fizik dulu lah...yang mana kita duk mengaji sama-sama, owh, sangat shahdu...pengalaman yang amat sangat berharga...kalau diputarkan balik masa, mmg sangat indah...

terima kasih semua, kerana menjadi sebahagian dari kenangan dalam hidup aku ( ala-ala sedih )

p/s : yang tak disebutkan nama, jangan terasa....nak taip sampai esok pon belom tentu boleh habis~





Thursday, April 14, 2011

PEMUDA BAHAGIA

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, 

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan

menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.



SO, SEBAGAI SEORANG YANG SUKA MEMBACA, takda hal untuk aku melaksanakan usul yang pertama tuh...

ape??aku suka baca buku apa??
bukan...bukan buku tu...aku suka baca comic hasil dari kreativiti mamat cina yang benama KEITH gempak starz  ...haaa..kartun dia leh wat aku gelak, jadi bersendalah aku dengan komik-komik aku tanpa rasa ragu ataupun worry...

jadi usul kedua aku dah laksanakan...

waktu malam pulak aku mula menela'ah untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk keesokkan harinya...kadang-kadang online fesbuk lalu lupa diri dan tertidur sampai berdengkur lalu meleleh air liur basi...sslluuurrpppp!!! aku terjaga bila anak telefon...' owh..mama sibuk buat kerja sayang, jap lagi mama dah sudah, mama mesej ye' ( ayat biasa aku bagi )... lalu sambung tidur aku balik...
jadi hasilnya aku sambung menela'ah dalam mimpi m0on aku sampai ke pagi...

usul ke tiga aku realisasikan dengan cemerlang tanpa menganggu sesiapa...yeah~

erm...bila dah berilmu, mestilah nak beramal....lalu dengan knowledge dan skill yang ada,aku pon kelentong lah budak-budak dalam kelas dengan penuh rasa confident dan penuh bengis untuk membuat budak-budak semuanya kagum dengan aku! sementara ketua panitia yang sangat suka mengobserve aku setiap kali aku mengajar fizik kelihatannya menguap beberapa kali, mungkin tahu aku tengah mengoreng budak-budak tersebut...hahahahahahahahaahahahhahahahaah ( gelak sopan )

owh, aku dah semakin hampir dengan lengkapkan usul ke empat...selesai! 

 ok, sekarang...untuk usul yang kelima!...hahahaha...senang...cukup senang...bergurau senda dengan teman seperjuangan...tu terapi termurah...ape susahnya...lepas mengajar, petang yang tenang lagi menenangkan, turun padang, exercise..bersendalah aku dengan cikgu-cekgi yang hensem lagi cantek jelita...berlari berkejaran macam dalam filem datuk yusof haslam..tapi kadang-kadang...lebih kepada terapi atas katil...tutop mata dan hanya bermimpi yang aku pergi bersenam..ah, mudah sunggoh!

tapi....aaa....ada tapi.....hahahaahahahhahahahha( gelak lagi )

diwaktu makan malam dengan minah-minah serumah ( juga teamwork ) ,time ni lah kami bergurau senda riang gumbira..kutuk mengutuk serta puji memuji bagi memeriahkan majlis makan malam tersebut...ah, sudah tercapai usul yang kelima....cemerlang sekali!

dan seperti biasa...sebagai seorang yang 'belive in Allah'...ibadat sangat terpenting bagi aku ( chey, dah macam ustazah dah )...macam aku bagitahu dalam entry-entry yang sebelum ni, ibadat tu tak tertumpu hanya pada sembahyang...sk0pnya terlalu luas...( chey...terel tak aku )hahahahahaha....

tapi malangnya....dalam aku duk ingat mengingati, pada satu petang yang indah dibuai angin pantai esplenet...aku baring di atas katil aku yang empuk lagi wangi dengan bauwan dynam0...aku asyik dengan bahan bacaan aku...apa lagi..buku HM TUAH ISKANDAR...tajuk dia..FIKIR-FIKIRLAH..( comic aku tak beli kat italy ni, mahal nak mampos )..dengan tekunnya aku membaca dan terus membaca...sampailah aku tertidur dan terlupa yang aku belum sembahyang zuhur!!! aarrgghhhhh!! bangun-bangun waktu asar dah menerjah ke ruang masa mimpiku....setan kau setan....telah melelapkan aku dengan jayanya. terus aku teringat laki aku..'aduuhh..ape aku nak jawab nanti, tak sembahyang zuhur, kesian kepada suamiku, owh sayang, aku berdosa...' 

terus aku bangun mandi dan sembahyanglah aku dengan lapan raka'at, tetapi hanya 1 wuduk...apa nak buat...sudah terlepas, masa tidak akan berpatah kembali kat aku ( baca dengan nada yang sedeh ).
 tapii...aaa....ada tapi lagi....aku dah bertaubat....insyaAllah....harap-harap diterima..dan aku berazam tidak akan berulang lagi kejadian cenggitu..huh! 

so, aku terus berbahagia seperti biasa..oh..bahagianya.....bahagialah aku....~

 

Followers