Pages

selamat menjamu selera di laman kalam etoi.com....segala pendapat yang memuji amat dialu-alukan....kritikan tidak diterima..tapi kalo eklas...bole je..pliz welkam 2 my page...hihi..('',)

Sunday, February 27, 2011

~..KAMI ORANG SEMENANJUNG..~

Assalamu'alaikum....peh..isu politik pertama kalinya diselitkan dalam blog aku kelmarin..heh3...saja la..tiba-tiba terbaca utusan malaysia ( die hard fan ),  so, bukan tiba-tiba la..memang tujuannya aku mencari info tentang kes DSAI yang entah bila akan berkesudahan...

ahhh...tinggal semua tu, yang penting sekarang ni aku nak fokuskan pada kehidupan aku sekarang dan yang akan mendatang...berlalu sudah episod duka ( tidur di ruang tamu, bilik panas, bangun seawal jam 4 pagi untuk mandi bilik air yang dikongsi 5 orang 1 umah ) sebab sekarang aku dengan rasminya telah berpindah ke rumah yang amatlah selesa..tak percaya???haaa..tengok di bawah...

 depan umah
 ruang tamu
dapur utama
lokasi : tak dapat dikenal pasti..hihi

haaa...tudia...best ww00oo....tapi sebelum nak capai best nie, memang sangat sakit lah...sakit sampai aku tertumpahkan air mata suci aku yang macho lagi style...
nasib baik lah ada kawan-kawan yang sentiasa berganding bahu, tangan,idong dan kaki untuk sama-sama mengadap masalah di perantauan ni..masa ni lah baru tahu apa itu merantau...hahaha...ayat agak klise, tapi tu lah hakikatnya..hanya mampu sabar, bukan hanya kau yang mampu aizat tuh...

apa??nak tahu jugak siapa kawan-kawan aku tuh??hahaha...tak payah tanya, yang tu aku memang nak tunjuk!!...tengok lah puas-puas..
 lokasi : kalau korang perasan....pemandangan laut di belakang kami+kapal titanic~

haa...comey-comey woo0oo...tapi ada sorang lagi dikalangan kami...dia la cekgu semenanjung yang terlalu banyak tolong kami bertiga nie.....sangat susah hati nak susahkan beliau, tapi apakan daya, kami nak susahkan beliau juga..hahaha....


lokasi : atas bukit lihat pemandangan di 'italy' ni...

tu..dia lah orangnya...dia yang duk termenung macam ala-ala bajet renung masa depan tuh..hihi....10 kredit untuk beliau kerana sentiasa bersusah payah bersama kami bertiga..TERIMA KASIH..~

p/s : yang dua orang tuh tak habis-habis la gosip....haaihhh...

Saturday, February 26, 2011

SODOMY SEORANG SAKIT JIWA...

Sampel tak tercemar – Ahli kimia

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Seorang ahli kimia hari ini menafikan wujudnya asid deoksiribonukleik (DNA) seorang lagi individu selain Lelaki Y pada sehelai tuala Good Morning.
Nor Aidora Saedon turut menafikan berlakunya pencemaran terhadap sampel yang diambil daripada barang kes itu, sama ada melalui kakitangan makmal Jabatan Kimia Malaysia mahupun daripada pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira (kini Supritendan).
Walaupun diasak berulang kali oleh peguam bela, Ram Karpal Singh, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia itu tetap dengan pendiriannya bahawa Lelaki Y merupakan satu-satu penyumbang DNA pada tuala itu.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela tersebut semasa perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.
Rabu lalu, Nor Aidora, 38, menyatakan, ujian analisis profil DNA yang dilakukan ke atas sehelai tuala, satu botol plastik air mineral dan sebatang berus gigi adalah sama dengan DNA Lelaki Y yang merupakan penyumbang DNA utama di dalam salur dubur (rektum) Mohd. Saiful Bukhari.
Barang-barang kes tersebut termasuk dua helai bulu merupakan antara barang kes yang diterimanya berkaitan dengan kes berkenaan.
Terdahulu, saksi itu bersetuju dengan cadangan Ram Karpal yang merupakan anak peguam Karpal Singh bahawa berdasarkan graf elektropherogram, sekiranya wujud tiga alel (sekuen gen) yang berbeza pada satu-satu lokus, ia menandakan percampuran DNA daripada dua atau lebih individu.
Bagaimanapun bagi kes ini, katanya, kewujudan tiga alel itu adalah sebaliknya kerana salah satu daripadanya merupakan ‘stutter’.
Stutter merupakan salah satu puncak (peak) DNA yang boleh diketepikan atau tidak memberikan sebarang makna.
Menjelaskan lebih lanjut sewaktu pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, saksi pendakwa keenam itu menyatakan, alel 18 tersebut hanya timbul pada salah satu puncak DNA dan tidak pada lain-lain lokus.
“Sekiranya ia (alel 18) merupakan pencemaran atau berasal daripada seorang lagi individu, ia akan muncul pada lain-lain locus juga tetapi dalam kes ini tidak (berlaku),’’ katanya.
Beliau juga menyatakan, tidak perlu baginya mendapatkan sampel rujukan daripada Judy atau mana-mana anggota polis yang terlibat dalam kes itu bagi mengenal pasti pemilik alel 18 kerana beliau memperoleh hasil ujian yang bagus dan lengkap daripada sampel-sampel yang ada padanya.
Dalam pada itu, Nor Aidora turut menafikan penglibatan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, N. Hithaya Jeevan (kini telah bersara) dan Ketua Seksyen DNA Forensik, Lim Kong Boon dalam kes itu.
Ini kerana, beliau menerima borang permohonan untuk analisis terus daripada Jude dan bukannya daripada mana-mana ketuanya.
Saksi itu berkata, satu-satunya penglibatan yang ada ialah beliau telah menerima panggilan daripada Jeevan pada waktu makan tengah hari untuk menunggu di pejabat pada 17 Julai 2008 bagi mengambil satu kes berprofil tinggi daripada pihak polis ekoran rakan setugasnya, Dr. Seah Lay Hong sedang berkursus di luar negara.
Lay Hong yang merupakan saksi pendakwa kelima sebelum ini mengesahkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam salur dubur mangsa.
Keputusan memilihnya untuk mengendalikan kes itu juga dibuat selepas perbincangan antara Jeevan, Kong Boon dan Pengarah Jabatan Forensik, Primulapathi Jaya, ujar beliau.
Pihak pembelaan turut dilihat berulang kali mengasak Nor Aidora dalam menjelaskan pembabitan ketua- ketua saksi tersebut terutamanya Jeevan dan Kong Boon dalam kes itu.
Desakan bertalu-talu itu pada satu ketika menyebabkan Nor Aidora terpaksa menjelaskan aliran kerja di jabatannya.
Asakan itu juga dipercayai adalah disebabkan penglibatan Jeevan dan Kong Boon dalam kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 1998.
Dalam perbicaraan kes liwat pada 14 tahun lalu itu, Jeevan merupakan saksi pendakwa ke-19 yang menerima tiga bungkusan barang kes termasuk tilam dan bantal.
Kong Boon pula merupakan saksi pendakwa ke-21 yang menjalankan ujian DNA ke atas 13 tompokan darah dan air mani di atas tilam yang diambil dari tempat kejadian itu, Tivolli Villa.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung Isnin.

Nor Aidora: Tolonglah jangan marah saya

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Berbanding saksi-saksi lain dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon (gambar) benar-benar berbeza atau boleh disifatkan sebagai 'unik'.
Tingkah lakunya amat bersahaja, manja dan sering tersenyum malah ada media yang menganggap ahli kimia itu seorang yang comel sewaktu memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, perlakuan wanita tersebut barangkali menjengkelkan peguam bela, Ram Karpal Singh sehingga menganggap saksi itu tidak serius semasa memberi keterangan.
Pada peringkat awal sesi soal balas, selepas berlakunya perdebatan antara peguam itu dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi tersebut yang akan genap berusia 38 tahun dalam tempoh lapan bulan lagi dengan manja meminta agar peguam itu tidak 'marah-marah'.
NOR AIDORA (NA): Saya tahu awak marah, tolong jangan marah pada saya.
RAM KARPAL (RK): Tak, saya tak marah. Kalau saya marah, awak akan tahu.
Keadaan itu mengundang gelak ketawa daripada semua yang berada di galeri awam dan Anwar yang duduk di kandang tertuduh.
Sewaktu menjelaskan mengenai asid deoksiribonukleik (DNA) dan locus, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia itu sekali lagi mewarnai suasana apabila secara tiba-tiba bertanya kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah:
"Yang Arif, faham tak?"
Bagaimanapun, apa yang menarik ialah melihat cara lulusan Universiti Malaya (UM) dan pemegang Ijazah Sarjana dari sebuah universiti di New Zealand itu menangani asakan-asakan pertanyaan Ram Karpal.
Beliau dilihat tidak mudah melatah dan kadang kala ketawa kecil; mungkin bagi menenangkan dirinya.
Bagaimanapun, apabila menjelaskan mengenai ujian profil DNA yang dijalankan, wanita itu dilihat begitu yakin.
Pada satu ketika, mungkin akibat tidak tahan dengan pertanyaan peguam itu yang bertubi-tubi dalam nada yang keras, saksi itu dengan selamba meminta Ram Karpal agar lebih berhemah.
NA : Boleh tak awak jangan menjerit? Saya di sini untuk membantu mahkamah. Saya perlu beri penjelasan tetapi awak tak bagi saya jelaskan.
Sebelum prosiding mahkamah berhenti pada pukul 4 petang, Nor Aidora sekali lagi secara selamba menjadikan Hakim Mohamad Zabidin sebagai contoh.
"DNA sentuhan (trace DNA) ialah DNA yang diperoleh daripada sesuatu permukaan yang telah disentuh. Contohnya, kalau saya ambil cermin mata Yang Arif dan buat calitan padanya, itu DNA sentuhan," katanya.
Jawapannya itu menyebabkan hakim terbabit yang pada mulanya kelihatan serius, tersenyum dan tertawa kecil.

SAYA SETUJU..hahaha..~

Anwar, Nik Aziz pengkhianat bangsa Melayu: Dr. M

26/02/2011 9:39pm

KAMPUNG GAJAH 26 Feb. - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.
Beliau berkata, Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.
"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.
"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti Pas, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_43.htm

Monday, February 21, 2011

BILA NAK PINDAH..~

YA ALLAH....SEJUKNYA....

bukan..bukan sekarang yang aku maksudkan...bukan juga di london atau sepanyol..tapi di sini...di rumah yang aku sedang menumpang sekarang.....

masyaAllah...dugaan apa nie??seminggu lepas aku terlalu panas, kena bangun tengah-tengah malam untuk ubah tempat tidur yang lebih sejuk di luar bilik...dan minggu ni pula keadaannya berubah 100%..sejuk! gila...sampai tak mampu untuk aku lelapkan mata aku yang cun nie...gila.~ termimpi-mimpi, seakan-akan aku betul-betul berada di musim sejuk di eropah...dan bila panas juga bermimpi seolah-olah di padang bola....memang panas..dan bila sejuk..sangat sejuk...sampai tak boleh tidur...betul!..


harap-harap iklim pantai hari ni..biasa-biasa....

Saturday, February 19, 2011

CINTA TAK MESTI MEMILIKI

Tak ada sedikitpun sesalku
Telah bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melihat
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah ku persembahkan hatiku hanya untukmu
Telah ku jaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau fahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat


Friday, February 18, 2011

PAHALA TERAKHIR SEORANG SUAMI

 cerita dipetik dari kisah benar....dari seorang sahabat...

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini...

 Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua… … …
 
… .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,sayadianggap sebagai seorang suami yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang suami bekerja yang begitu taat berbakti kepadakeluarga

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan isteri, dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. isteri saya seorang wanita yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya saya akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang suami terhadap isteri, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang suami terhadap isterinya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, aktif mewakili company untuk perlawanan persahabatan dan sebagainya adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana isterii amat memahaminya.Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, menguruskan dokumen untuk ke luar daerah ,bertemu dengan beberapa orang pelajar dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat isteri telah pulang dari sekolah.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. mungkin tidak selalu mendapat peluang untuk pulang awal, ke esokkannya isteri juga akan ke luar daerah untuk berkursus...

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. isteri sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,isteri sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.



Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut isteri mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “sayang, abang terlalu penat,” lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya isteri saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.isteri saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon isteri, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis yang menyatakan isteri saya terlibat dalam nahas kapal terbang terhempas dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi isteri saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian isteri,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang suami. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya.
Sabda Nabi s.a.w:

"Dunia itu penuh dengan kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah isteri yang solehah." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1467.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi, hadis no: 1082.


Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada bonda   mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat sayaberikan sebagai suaminya...

Thursday, February 17, 2011

AWAK TAKNAK KAWAN DENGAN SAYA DAH KE?

tiada perkataan yang sesuai aku rasa,untuk aku express feeling aku sekarang nie, betapa aku rasa tak boleh blah ya amat...GILA ah...

sekali sekala, baru aku tahu, hidup menumpang ni sangat complicated...haaihh...kusut! ditambah dengan orang yang tak bermoral..cheh!
kehidupan sekolah yang best, tapi kehidupan di rumah yang hampeh....

lalu, bila ada je masalah, hidup agak-agak rasa tercabar, bayangan-bayangan kekasih hati pon menjelma bak mercun macam malam cap goh mei nie..'adeeiii...kalaulah awak ada dekat dengan saya, tenang sikit hati ni walaupun awak tak boleh nak selesaikan, kongsi pon jadilah'...

teringat dulu-dulu, kalau kusut, awaklah yang saya cari....awaklah orangnya....tapi tu dulu...sekarang awak dah tak nak kawan dengan saya lagi..sebab saya jahat...

Wednesday, February 16, 2011

PERIHAL AKU SEORANG

Assalamu'alaikum....
hadoii..lama betul aku tak berkarya, rindu..sungguh..aku tak terdaya tertahan....loya tekak asyik naik filght ke sana dan seterusnya ke sinun...penat, banyak, macam kapal terbang yang aku naik tu juga..


erm....untuk kesekian kalinya, aku menumpang kat rumah cekgu-cekgu di sini..terima kasih tak terhingga...aku pulak, setiap malam terpaksa bangun tengah-tengah malam, ubah lokasi tempat tidur, depan ruang tamu.. sebab PANAS...huh! sungguh, tidak selesa dan termimpi-mimpi aku seakan di padang pasir...tapi, itu yang terbaik setakat ni, tetap bersyukur dalam rungutan sebenarnya...alone every nite...4 da whole week...haiihh..

bangun pula kena awal, bilik air hanya ada satu, satu lagi rosak katanya...5 orang cekgu, 1 bilik air..setiap seorang lebih kurang 20 menet dalam bilik air, 6.30am dah gerak pergi sekolah yang jaraknya tak sampai 500m dengan myvi kesayangan cekgu-cekgu ini...haiihh....~ bila nak dapat rumah sewa sendiri...~

Followers