tergolong lah kamu dikalangan manusia-manusia yang jahil lagi bodoh apabila memutuskan hubungan sesama saudara islammu hanya kerana kecintaan kamu kepada manusia..kan lagi bangus kalau kita berjihad kerana cintanya kita kepada Allah....cheh! apa begitu cetek ilmu seseorang yang bergelar ustad untuk aku kata macam ni?memang cetek pon...berfikir dan bertindak berlandaskan kata hati dan nafsu semata-mata...
~ beb, ustad pon manusia biasa, ada hati dan perasaan, nafsu n bla..bla..bla...
ahaks...ya...aku terlupa pulak....yang iman tu tak boleh nak sukat bukan, walaupun kita ni cekgu ke, pengemis ke, tukang buat rumah ke, cleaner sekalipun, tapi ilmu yang kita perolehi, tak sepatutnya disiakan beb, setakat mengaji tinggi-tinggi, quran dan sunnah jadi pegangan, tapi hampeh...ilmu yang ada tak dipraktikkan...tak apply pon...apa punya orang islam daa..
~erm...ustad celop tu...
hahahahahaha....bukan lah..kiteorang panggil dia ustad emo...emosi yang tak boleh blah...
~bajet bagus la tu kot....
entah...agaknya...perasan cool la kot...hahaha...Rasulullah SAW bersabda :
Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dr 3 mlm,
maka siapa yg memulau lebih dr 3 mlm, lalu mati masuk kedalam api neraka.
Tidak dihalalkan bg seorang muslim memulau saudaranya lebih dr 3 mlm,
sehingga bila bertemu masing2 memalingkan muka, dan yg terbaik di antara keduanya ialah
yg mendahului memberi salam. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.
Mengambil faham dari hadis di atas, ulama telah sepakat mengatakan memberi salam itu penghapus dosa pemulauan.
Dalam hadis yg lain pula Rasulullah SAW bersabda :
Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis,
maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap org yg tidak mempersekutukan Allah dgn sesuatu apapun,
kecuali pada org yg masih bersengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat,
Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.
Didalam hadis di atas Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Allah telah befirman dgn mengulangi ayat
Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai sebyk 3 kali. Disitu Allah ingin menekankan kepada hambanya
bahwa Allah amat memurkai org Islam yg tidak bertegur sapa di antara satu dan lain.
Walaupun demikian sekiranya, salah seorang telah mengambil langkah utk memberi salam ataupun
memohon maaf sedangkan pihak yg lain tidak ingin menerima salamnya,
maka terampunlah org yg memberi salam tetapi bagi org yg menolakknya kekallah dlm kesesatan dan hasutan syaitan. Nauzubillah.
p/s : tak payah la nak blok-blok, delete fb org len...bajet macam orang nk tengok sangat page kamu...tak heran pon aih...
0 comments:
Post a Comment