Pages


selamat menjamu selera di laman kalam etoi.com....segala pendapat yang memuji amat dialu-alukan....kritikan tidak diterima..tapi kalo eklas...bole je..pliz welkam 2 my page...hihi..('',)

Thursday, April 14, 2011

PEMUDA BAHAGIA

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, 

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan

menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.



SO, SEBAGAI SEORANG YANG SUKA MEMBACA, takda hal untuk aku melaksanakan usul yang pertama tuh...

ape??aku suka baca buku apa??
bukan...bukan buku tu...aku suka baca comic hasil dari kreativiti mamat cina yang benama KEITH gempak starz  ...haaa..kartun dia leh wat aku gelak, jadi bersendalah aku dengan komik-komik aku tanpa rasa ragu ataupun worry...

jadi usul kedua aku dah laksanakan...

waktu malam pulak aku mula menela'ah untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk keesokkan harinya...kadang-kadang online fesbuk lalu lupa diri dan tertidur sampai berdengkur lalu meleleh air liur basi...sslluuurrpppp!!! aku terjaga bila anak telefon...' owh..mama sibuk buat kerja sayang, jap lagi mama dah sudah, mama mesej ye' ( ayat biasa aku bagi )... lalu sambung tidur aku balik...
jadi hasilnya aku sambung menela'ah dalam mimpi m0on aku sampai ke pagi...

usul ke tiga aku realisasikan dengan cemerlang tanpa menganggu sesiapa...yeah~

erm...bila dah berilmu, mestilah nak beramal....lalu dengan knowledge dan skill yang ada,aku pon kelentong lah budak-budak dalam kelas dengan penuh rasa confident dan penuh bengis untuk membuat budak-budak semuanya kagum dengan aku! sementara ketua panitia yang sangat suka mengobserve aku setiap kali aku mengajar fizik kelihatannya menguap beberapa kali, mungkin tahu aku tengah mengoreng budak-budak tersebut...hahahahahahahahaahahahhahahahaah ( gelak sopan )

owh, aku dah semakin hampir dengan lengkapkan usul ke empat...selesai! 

 ok, sekarang...untuk usul yang kelima!...hahahaha...senang...cukup senang...bergurau senda dengan teman seperjuangan...tu terapi termurah...ape susahnya...lepas mengajar, petang yang tenang lagi menenangkan, turun padang, exercise..bersendalah aku dengan cikgu-cekgi yang hensem lagi cantek jelita...berlari berkejaran macam dalam filem datuk yusof haslam..tapi kadang-kadang...lebih kepada terapi atas katil...tutop mata dan hanya bermimpi yang aku pergi bersenam..ah, mudah sunggoh!

tapi....aaa....ada tapi.....hahahaahahahhahahahha( gelak lagi )

diwaktu makan malam dengan minah-minah serumah ( juga teamwork ) ,time ni lah kami bergurau senda riang gumbira..kutuk mengutuk serta puji memuji bagi memeriahkan majlis makan malam tersebut...ah, sudah tercapai usul yang kelima....cemerlang sekali!

dan seperti biasa...sebagai seorang yang 'belive in Allah'...ibadat sangat terpenting bagi aku ( chey, dah macam ustazah dah )...macam aku bagitahu dalam entry-entry yang sebelum ni, ibadat tu tak tertumpu hanya pada sembahyang...sk0pnya terlalu luas...( chey...terel tak aku )hahahahahaha....

tapi malangnya....dalam aku duk ingat mengingati, pada satu petang yang indah dibuai angin pantai esplenet...aku baring di atas katil aku yang empuk lagi wangi dengan bauwan dynam0...aku asyik dengan bahan bacaan aku...apa lagi..buku HM TUAH ISKANDAR...tajuk dia..FIKIR-FIKIRLAH..( comic aku tak beli kat italy ni, mahal nak mampos )..dengan tekunnya aku membaca dan terus membaca...sampailah aku tertidur dan terlupa yang aku belum sembahyang zuhur!!! aarrgghhhhh!! bangun-bangun waktu asar dah menerjah ke ruang masa mimpiku....setan kau setan....telah melelapkan aku dengan jayanya. terus aku teringat laki aku..'aduuhh..ape aku nak jawab nanti, tak sembahyang zuhur, kesian kepada suamiku, owh sayang, aku berdosa...' 

terus aku bangun mandi dan sembahyanglah aku dengan lapan raka'at, tetapi hanya 1 wuduk...apa nak buat...sudah terlepas, masa tidak akan berpatah kembali kat aku ( baca dengan nada yang sedeh ).
 tapii...aaa....ada tapi lagi....aku dah bertaubat....insyaAllah....harap-harap diterima..dan aku berazam tidak akan berulang lagi kejadian cenggitu..huh! 

so, aku terus berbahagia seperti biasa..oh..bahagianya.....bahagialah aku....~

 

0 comments:

Followers