Pages

selamat menjamu selera di laman kalam etoi.com....segala pendapat yang memuji amat dialu-alukan....kritikan tidak diterima..tapi kalo eklas...bole je..pliz welkam 2 my page...hihi..('',)

Tuesday, October 26, 2010

KARYA PERTAMA


yeah..~ assalamu'alaikum...

saja nak tunjuk..karya pertama aku dalam mencari identiti seorang pelukis tersohor di london suatu masa dolu...berbekalkan sebatang pensel 2B, seulas pensel picit orang kedah kata, and seketul pemadam yang berharga 0.50$...

bersama henpon burok kesayangan menjadi teman sejati (sekarang dah ada yang baru ), di atas sebuah meja yang ayah aku ambil entah dekat mana, aku decoret jadi meja study aku ( konon-konon la, padahal duk maen game je 25 jam sehari ).

so, lepas ni, kalau aku jadi kartunis paling excelent kat mesia nie, konfem susah untuk korang dapat aku nya autograf..so, silalah datang jumpa aku sekarang...bukan ape, takot aku busy sesangat je nanti, tak layan karang, cakap aku sombong pulak... =P.

~..merit : budak rambut punk yang jadi inspirasi aku nie.., aku jumpa di bukit bintang,KL..TQ!..~

Sunday, October 24, 2010

SEORANG BUDAK DI McD


assalamu'alaikum....

haha...gelak dolu sat...
nyway, skg duk lepak kat McD....makan beger dia yang tak berapa nak kena dengan taste aku, dah beli, makan la jugak....

aa....apasal aku letak gamba maher zain neh?? ceritanyaaa............masa aku duk melepak la nie,sekarang nie...bukak notebook and layan la maher zain fevret artis bakal suami.. =P...

ada sorang budak laki dalam umo 6 tahun agaknya...makan sebelah meja aku, tertumpahkan dia punya fries atas lantai, tapi dia marah mak dia pulak..hahaha..dengan gaya ala-ala big boss...aku tengok ja la gelagat dia duk bebel kat mak dia yang cun tuh....then ternampak aku layan maher zen video song, aleh-aleh, dia mai join aku, and kongsi fries aku.....?

????...hahahahahahaha.....samtin yang agak unexpected..tapi boleh layan laaa....aku pon bagi la handsfree aku kat dia sebelah and aku pakai sebelah...dah macam anak buah aku pulak...hahaha...nama pon taktaw, mak dia usha aku dengan penuh keriangan!! sebab ada orang jaga anak dia....macam-macam ada..~

Saturday, October 23, 2010

READY??



Assalamu'alaikum...

chey..dah agak lama jugak kot tak mengarut pasal cinta nie..hoh0....almaklum lah....aku sebagai sowang yang paling best abad nie, macam tahu jugak la korang tertunggu-tunggu entry aku yang patah hati satu masa dolu, tapi sekarang....heh..heh...malu lah nak cakap...(>_<)..

anyway....betul ke nak kena tunggu ready dulu baru boleh jatuh cinta???

setuju??
tak??
entah??
ikot suka??
tak semestinya??
eh, berapa banyak talian hayat daa....

cukup!....

yang sebenanya, korang tahu tak cinta tu apa??datang dari celah mana??hahaha....apa yang aku mengarut nie...jap-jap...take five..~ ..1,2,3,4,5,6,7,8,9......259 seconds...ting! masa tamat..

aa...cinta tu lahirnya dari kasih sayang...kasih sayang yang lahir dari rasa tanggungjawab, ikhlas, jujur, amanah, tabligh, fatonah...eh?? bukan erk?hihi...ikhlas, jujur, setia, dan sentiasa menghargai kasih sayang yang timbul tuh....yang mana kasih sayang nie lahirnya dari rasa rindu, rindu dari rasa teringat, teringat dari pandangan pertama, dan pandangan pertama dari perbualan pertama...! hah! tudia...betul ka??

betul lah kot..insyaAllah.....

ermm...so, dah paham kan apa itu cinta...persoalannya...kena ready dulu ka?

setuju??
tak??
entah??
ikot suka??
tak semestinya??
eh, berapa kali nak ulang daa....

sememangnya...Islam melihat cinta dan kasih sebagai fitrah dalam kejadian manusia. Ia adalah satu hubungan suci yang menaut antara hati. Ia adalah anugerah Allah, sebab itu la cinta nie berharga sesangat bangat. Cinta yang tulus dan murni adalah kurnia Allah. Ia tak datang menyembah kita dengan percuma. Allah akan menganugerah rasa cinta dan kasih pada mereka yang bersungguh berusaha mencarinya,tetap tidak boleh melebihi cintanya kepada sang pemberi cinta iaitu Allah swt...

aaa...boleh nampak kat situ? mereka yang bersungguh-sungguh mencarinya...samada secara tersurat atau tersirat...konfem-konfem lah bila dah berusaha bersungguh-sungguh tu, dah bersedialah jawapnya... sedia untuk dicintai & sedia untuk mencintai...pasal apa yang dia bersungguh-sungguh cari pulak?? of cos la sebab dia lonely...hihi..so, sapa cakap lonely tu maknanya tak bersedia??lonely ke, frust ke, memang tengah mencari ke, semua tu lah yang mendorong kepada sedia tu tadi...

Dan untuk semua ini cintailah sesama manusia itu secara wajar jangan berlebihan hingga melebih cinta kepada Allah, sebab yang berhak dan layak mendapat cinta yang berlebihan adalah Allah swt, sebab lagi... Allah jugalah sang Pemberi cinta. Disamping itu Mencintai Allah adalah pilar dasar agama islam,kerana seseorang tidak akan menjadi mukmin yang benar keimanannya kecuali dia mencintai Allah dengan sepenuh hatinya,yang lebih besar kecintaannya kepada hal yang lain. semua cinta yang kita berikan kepada Allah akan abadi dan tidak seabadi cinta kepada sesama manusia,dimana apabila kita mencintai seseorang dan mampu ke orang tersebut memberi ampunan dosa ? tentu tak kan?? sebab penerima taubat dan pemberi ampun tu adalah Allah swt,yang senantiasa memberi cinta dah rahmatNya kepada kita tanpa henti...dan kepada sesiapa yang Dia nak...

ceyy...dah macam motivater dah aku mengarut dalam blog nie..hahaha....

erm..apa lagi, sapa-sapa yang rasa diri dia tergolong dalam insan-insan yang aku sebutkan di atas....maknanya korang dah bersedia lah tu...insyaAllah...

~...I MAY NOT ALWAYS RIGHT, BUT IM NEVER WRONG...~

Tuesday, October 19, 2010

MANUSIA BIASA

ermm...assalamu'alaikum...
sibuk dengan majlis konvokesyen, tak sempat nak mengarut kat sini....
apa??mencarut?? bukan, bukan....ini blog untuk mengarut, bukan untuk mencarut....

ada satu hikayat di  akhir zaman ini, yang mana ada segolongan makhluk ciptaan Allah S.W.T.  masih lagi tidak senang melihat kejayaan manusia-manusia yang berusaha menjadi ummat terbaik di akhir zaman ni. siapakah dia???
tepuk dada, tanya diri...bukan tanya blog ni, ataupun pengarutnya...~

kenapa kita tak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada??
jeles?
iri hati?
sakit hati?

bankrup? 
tiada lagi perempuan yang tersangkut?
tak ada duit?
dah tak ada kerja lain?
suka menyusahkan orang?
terlalu mahukan yang terbaik sedangkan diri sendiri tunggang terbalik?
atau ilmu hitam, putih, oren, kelabu sudah tiada kesannya??
Atau sememangnya kamu seorang yang ada otak tetapi tidak berakal??

aarrghhh! banyak betul yang perlu aku senaraikan dekat sini, untuk menggambarkan ketidakpuasan hati seorang bernama manusia yang biasa, tapi ketidakpuasan hatinya, amat luar biasa...~

aku sebagai seorang manusia biasa, tertanya-tanya, bagaimana seseorang itu boleh menjadi 'luar biasa'?? yang mana luar biasa itu tersasar dari simpang akal yang waras, cheh! buang masa ja......melayan manusia yang tiada akal yang biasa...luar biasa yang menyusahkan orang, bukan memberi manfaat...


so, Allah nak bagi nikmat pun, tengok hambanya juga, kawan...bukan sesenang hati DIA ja nak bagi....dan nice versa kalau Allah nak bagi musibah....macam bos kat tempat kerja la...nak bagi bonus, tengok performance dulu...tidak perlu dipertikaikan, apa yang lebih, apa yang kurang dengan kurniaanNYA...guna akal kamu, dan jangan lupa untuk bersyukur...bukan mempertikaikan kesalahan, kekurangan, kelebihan, ketampanan, kecantikkan , kekayaan, kemiskinan orang lain, sekiranya pertikaian itu tidak memberi manfaat kepada surrounding kamu, diri kamu, keluarga kamu, guru-guru kamu dan saudara sesama muslim kamu..!

jadi, latih diri, jadi manusia biasa yang berakal, bukan luar biasa dan tidak berakal...!
pupuklah diri terima kelemahan sendiri, bukan mempertikaikan kelemahan orang lain yang tidak memuaskan hati kamu..!
terimalah dengan hati terbuka bahawa kelemahan diri adalah kelebihan diri kamu sendiri, bukan meletakkan kekurangan diri di atas kelemahan@kelebihan orang lain..!

berapa banyak diri daaa....hahaha...serius ja baca....chill sikit, ini bukan entry ilmiah, ini entri manusia biasa..~
yakinlah, sesekufunya kamu dengan setan, berjayanya kamu juga dengan setan, semuanya dengan izin Allah....

tadi yakin, sekarang ni, ingat pula....tanam dalam kepala hotak kamu...semua dosa atas muka bumi Allah ni, akan diampunkan sekiranya kamu mengharapkan keampunan tersebut dan berusaha ke arah itu kecuali dosa-dosa hambanya yang mensyirikkan Allah...terlalu taksub dengan manusia yang luar biasa, tapi tak sedar semuanya dengan izin Allah.....

Wednesday, October 6, 2010

BUKAN UNTUK KAPEL..~


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

Sunday, October 3, 2010

PAY ATTENTION!!!


hahaha...assalamu'alaikum....

yeah...notis ini ditulis oleh manager aku merangkap bos lah lebih kurang, pada hari jumaat, bersamaan 1/10/10....yang mana aku tengah menikmati cuti hujung minggu bersama mat n dot..dot..dot...kat kampong..

keesokkan harinya, aku pon dengan bangga cakap dengan member-member seperjuangan..'  NI YANG AKU MALAS TINGGAL KORANG TANPA AKU, KONFEM ADA MASALAH..~ hihi..cara kan?

erm...bila baca ayat kat atas nie, macam faham tak faham la lebih kurang....yala, cuba korang tengok nama manager aku tuh...JOANNE...bangsa cina,so no matter lah bahasa melayunya agak tunggang terbalik..tapi still boleh paham la....

aaa..main point yang aku nak bagitahu korang, nak buat sesuatu kerja, tulong lah...tulong buat dengan ikhlas..itu yang dimaksudkan oleh bos aku tuh...bila tak eklas tu yang kerjanya TIDAK ADA HATI....hahaha....kan bagus buat kerja dengan penuh ikhlas nie, dapat pahala, kerja bagus, tak menyusahkan orang lain, tak menyakitkan hati orang lain, and yang paling best, korang akan enjoy lah dengan kerja tu..tak percaya, try la ikhlaskan hati....~

er...tiba-tiba aura windu terhadap bakal suami menusuk-nusuk kalbu sukmaku...dan lantas hatiku berbisik.......' AKU IKHLAS SAYANGKAN KAMU'..~ (>_<)

Followers