Pages


selamat menjamu selera di laman kalam etoi.com....segala pendapat yang memuji amat dialu-alukan....kritikan tidak diterima..tapi kalo eklas...bole je..pliz welkam 2 my page...hihi..('',)

Friday, April 30, 2010

HUJAN HATI


BUKAN NIAT HATIKU UNTUK MENGUNDUR DIRI,
KEADAAN YANG MEMAKSA KU TERPAKSA PERGI,
WALAU BERAT DI HATI UNTUK KU TEMPUHI,
KU HARAP KAU MENGERTI...

AIR MATA MENGALIR TANPA KUSEDARI,
SEDIH DAN SEBAK DI DALAM HATI,
CUKUP SAMPAI DISINI PERJUANGAN TERHENTI,
KU HARAP KAU MENGERTI...

~ takkan selamanya mawar akan mekar dan wangi, gugur sekuntum, tumbuh yang lain lagi~

Thursday, April 29, 2010

AKU DI TIPU LAGI....!!!


SUNGGUH MENGAYAT HATI
....TAJUKNYA AKU DITIPU LAGI....(>_<)

Tuesday, April 27, 2010

HEMBUSAN DARI LANGIT??

 

Sunday, April 25, 2010

AKHLAQ & IBADAH



Salam....
huh!.. daripada ayat nie, sudah terbukti lagi nyata, akhlaq sangat teramat penting dalam menentukan neraka mana yang akan dihuni umat manusia...eh, betul ke ayat aku nie?hahaha....

mmm....aku taknak mengaku yang aku adalah seorang yang kuat ibadahnya, tapi tak pernah la tak cukup mana yang telah diwajibkan ke atas seorang muslimat macam aku dan korang semua (termasuk muslimin)....melainkan ada sebab-sebab tertentu yang dibenarkan syarak...maksud aku, uzur yang dibenarkan syar'ie..

tapi lagi, bila pandang kepada bab akhlaq, hoh!...amacam? kita ni adalah penghuni syurga teratas, atau neraka terbawah?..hihi...'lu pikir lah sendiri'..hahaha..aku taknak pakai ayat nabil tuh, kerana selagi kita ada masa yang mana Allah izinkan, sentiasalah improve akhlaq kita bersama level kekuatan ibadah masing-masing...tak perlu nak fikir panjang dah....takda yang merugikan sesiapa dalam hal ni...

jika sebaliknya, korang still lagi was-was nak improve, maknanya sahabat baru anda telah menjadi sahabat lama ( sila rujuk entry SYABAS WAHAI SAHABAT BARU ).....

so, apa lagi...marilah kita sama-sama memperbaiki akhlaq dan meningkatkan amalan ibadah kita...insyaAllah....FUTURE SYURGA IS WAITING FOR US, IF NOT...VICE VERSA lah...aku xnak sebut! yang nie korang fikir la sendiri!!

~masa wat entry ini, aku tersangat lapa nasik...~

Saturday, April 24, 2010

LURUS



Salam....

apa itu iman yang tak lurus?? ada bran bagi komen?

kita masuk dalam maksud iman itu sendiri dulu, apa erk? seingat aku la..
'membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan expresskan dengan perbuatan'...lebih kurang macam tu la...(kalau salah sila tegur di ruangan kongsi pendapat)...

so, dah lurus ke iman korang semua??hoh0..( tanya macam aku mmg lurus je kan?)

malas nak bebel panjang-panjang.....kiranya korang jangan la bengkang bengkokkan lidah korang tuh....macam peristiwa yang pernah aku alami dan tak akan aku lupa sampai mati ( alamak, dah tercerita hal diri sendiri, kelmarin dh cakap entry terakhir pasal diri sendiri...)

lidah tak lurus tu satu hal kan, padahal banyak lagi benda-benda lain yang akan mempengaruhi kelurusan hati , dan secara langsung akan mempengaruhi kelurusan iman hamba-hambaNya....jadi, aku nasihatkan, nak jadi muslim yang lurus imannya ( dah mcm ustazah dah aku nie ), jangan buat benda-benda yang hampes, dan salah satunya memfitnah (lidah tak lurus ) dan sengakatan dengannya lah...

dah la orang tak akan percaya lagi dah kalau terkantoi, malu dengan Allah, malu dengan mak ayah, malu dengan kawan-kawan, dan yang last sekali, kalau tak malu dengan semua yang telah disebutkan di atas, malulah dengan diri sendiri....insyaAllah...

~fitnah kawan, kutuk kawan, umpat kawan, tumpang kawan...hahaha...~best kan?  zasss....layan...!

Friday, April 23, 2010

SELALU KENA BULI

pic: tulisan hudoh, salotep burok, pastuh bagi lam angpau bajet cam ada duwet..besaarrrr punyew!

Salam.....

ahahahahaha...( suka-suka dulu sat )...

anyway....ni ada sikit buah tangan dari member praktikum aku....duk sebelah meja aku masa dieorang praktikum sama-sama suatu masa dulu...dalam BI said, ' a moment in once upon a time' ..chewahh...almaklum la...dua orang tu ( bib n adibah..haha ), dua-dua budak tesl, aku lak budak fizik, BI tak mantop, selalu kena gelak (batu api sikit, supaya korang nampak jahat )

so, sampai hari ini, aku tak bukak lagi present nie, takot aku teringat dengan member-member seperjuangan, mula la sepi+sunyi yang ada dalam diri tu, bermaharajalela...teringat, aku selalu ambil (bkn curi ye) tisu dieorang, utk ke toilet (paham-paham la erk)..dah pakai baru cakap..hihi...

apa pon, sangat berterima kasih utk semua kawan-kawan yang tak pernah lupa untuk menghargai sesiapa pon kawan/sahabat dia...tak semestinya dengan bagi hadiah, gift or etc lah, tapi pendekatan secara emosi tu lebih berharga aku rasa..hahaha..sowi, tak bapa reti nak express feeling..tidak seseni mana...

jadi kat sini, aku nak cakap...SELAMAT MENGHARGAI KAWAN-KAWAN  anda, tak semestinya nak kena tunggu hari frenzs sedunia je, baru nak hargai kan....hihi..bak kata LOREAL..' kerana dirimu begutu berharga'...bapa RM tu?....tanya la bapak dia.....hahahaa....zaaasss....layan...~

Tuesday, April 20, 2010

MARI MEMFITNAH


Salam....
ya, entry kali ini berunsur ke arah membuat dosa...siapa pandai menilai, tidak akan terjebak.....

dgn berbekalkan express music 5610 ini lah, kawan aku yang telah aku maafkan ( skg aku fobia nak berkawan dgn pemfitnah ini kerana takut kejadian sama berulang) melebarkan jalur gemilang fitnahannya segemilang bendera israel....(uish, berat bunyinya tuh)..

memang berat, kerana memfitnah itu lebih berat dosanya dari dosa membunuh...jadi, aku sebagai mangsa fitnahnya tetap akan mempertahankan diri selagi mampu bersama pertolongan dari Allah, agar menetapkan hati aku yang penuh dengan dendam kesumat terpahat terlekat....

apa yang si pemfitnah dapat dari aktivitinya??

DOSA..ya!....kerana pengumpul-pengumpul dosa sedang berlumba-lumba utk menjadi pemenang neraka teratas di akhirat kelak, dan si pemfitnah ini adalah salah seorang dari penghuninya....

siapa aku untuk menentukan siapa penghuni neraka itu???

SENDIRI MAU INGAT!!!

~entry terakhir berkaitan diri sendiri~

Monday, April 19, 2010

SYABAS WAHAI SAHABAT BARU


salam......
woo00oo!....
menatang apa nie??...

hahaha..( gelak dah lebeh kurang spt gambar di atas )

mungkin ni sahabat baru 'kawan' aku tu...setelah bertahun-tahun dieorang bersama-sama, akhirnya aku membuat keputusan untuk taknak terlibat dalam jenayah durjana angkara makhluk laknatullah ini...katakan TAKNAK! pada sahabat baru itu...

kenapa tidak aku mengajaknya supaya bertaubat?? (ish, terasa mcm aku baik gila nak ajak orang lain bertaubat)...kenapa, kenapa, why?,y?...

ini kerana aku sudah tidak tertahan-tahan lagi setelah bertahun-tahun menghidu bau busuk sebusuk loji kumbahan hati seorang yang bernama kawan..huh! sungguh beremosi sekali aku...ya! memang aku emosi, kerana bimbang bau busuk itu melekat kepada diri aku sendiri...

so, aku nasihatkan, sila jauhkan diri anda dari manusia yang bersubahat dengan 'sahabat' di atas jika tidak mahu busuk itu membayangi hidup anda,mengekori anda kemana jua...

kenapa biarkan kawan aku terus membusukkan diri??kerana aku masih belum cukup kuat utk menjadi seorang penyelamat kepada manusia yang sudah berulat hatinya...biarlah dia mencari nur untuk hatinya yang rosak itu agar dapat dia ubati sebelum lebih parah ( berulat sudah dikira parah ).

(beristighfar) ya Allah...kenapa hati aku masih tersimpan dendam biarpun telah berkali-kali aku memujuk hati ini agar memaafkan si pemfitnah durjana itu...kurniakan aku kekuatan ya Allah.....hanya Kau yang mampu menetapkan hati hambaMu ini....

kejam ke aku sebagai seorang yang ada hati dan persaan untuk menyimpan dendam setelah berkali-kali menjadi mangsa fitnah seorang teman baik aku sendiri? atau bau busuk itu juga sudah melekat pada diri aku?subhanallah....minta dijauhkan dari segala hasutan penghuni neraka itu.....

~ perang bersama hati~

Sunday, April 18, 2010

IM SORRY


salam....

ahaaa.......

im back....actually, everyday i'll come back here, rite..hahaha

maaf??..'maafkan kami....maafkan kami...ma..af..kan.. kaaa..mi...' ( mcm nyanyi dalam citer p.ramlee tue)

mm...cakap pasal maaf nie, mesti ada kaitan dengan kesalahan kan? kenapa perlu minta maaf? dan perlu ke kemaafan itu diberikan kepada yang telah 'terbuat' salah setelah maaf dipohon seperti di hari raya yang mulia lagi sentosa?

ya, sebagai seorang muslim, sifat pemaaf sangat dituntut oleh agama, malah berdosa sekiranya kita yang tidak memaafkan si peminta maaf....tapi ikhlaskah kita semasa kita melafazkan kemaafan tersebut?

ya, kita mesti cuba dengan seikhlas hati sesuci murni, 'REDAKAN KEMARAHAN DENGAN SESEJUK KEMAAFAN'...

tapi lagi, macam mana kalau kita perlu memberi kemaafan kepada kesalahan yang sama?patutkan di maafkan lagi? tak ke macam kita bagi peluang untuk dia lakukan kesalahan lagi?

ya, kita perlu maafkan.....berilah peluang sehingga nur insaf yang hakiki itu akhirnya muncul dalam hatinya yang hitam...hitam ke hati tu? wallahu'alam...

tapi apakah berdosa sekiranya kita tidak mampu melupakan apa yang telah si persalah perbuat? lebih baik kita manjadi seorang yang bukan pelupa, kerana ingatan pengalaman itu sentiasa menjadi penasihat peribadi tidak bergaji supaya kita sentiasa berwaspada dengan apa jua kemungkinan yang seterusnya...

semoga Allah menguatkan hati kita untuk kita menghadapi segala dugaan dan cabaran yang telah Dia turunkan untuk hamba-hambanya yang soleh dan solehah..kerana hamba yang diuji adalah hamba yang mendapat tempat disisi Allah s.w.t...insyaAllah...

~ maaf boleh diberi, ingatan tetap terpahat terperi..~

Friday, April 16, 2010

HATI SUSAH RAMAL


salam...

penah kena??

hah? kena ape?

kena tikam....oo00oo..

tikam macam mana..........?

dari belakang, depan tepi kiri kanan, x kesah la...

mostly, selalu kita dengar tikam dari belakang la kan?....haaaaammm...peeesss...kan??

aku selalu kena, and petang tadi aku kena lagi sekali, sebelum aku beristighfar, aku dah terkeluar ayat maki kat hamba Allah ni seorang, yang mana dia pun aku rasa kawan aku....kawan ke ah? siap kutuk-kutuk kawan dia kat belakang? ish..ish...sungguh tidak mengenang budi....

nak sembahyang, tenangkan hati dan perasaan, cuti pulak, so....hanya mampu tabahkan hati and bermunasabah bersama teman-teman seperjuangan yang lain....nak mengaku aku nangis, aku malu, tapi mmg aku nangis depan semua kawan kawan aku yang lain tadi, disebabkan sowang kawan yang aku anggap sahabat, rupanya hati dia penuh dengan hasad... dasat..........................................kan?

itu lah yang orang selalu cakap, bila susah tehegeh-hegeh mintak tolong, bila senang, kutuk berterabur...tapi tak apa...Allah itu maha adil...Dia tak akan bagi dugaan yang mana hambanya tak mampu nak hadapi....mesti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik penghinaan yang aku dapat ni.

apa aku nak buat??mm...biar ja la...malas aku nak buang masa fikir pasal orang yang tak pernah nak menghargai insan-insan disekeliling dia yang bernama seorang kawan. sebab orang rugi, selalu tamak! lambat laun semua orang akan sedar jugak perangai sebenar 'kawan' aku tu..hahaha...panjang cket aku bebel hari ni..terima ja lah..

so, CAUTION, EVERYWHERE....

~ hati susah ramal..~

Thursday, April 15, 2010

SEKOLAH VS UNIVERSITI



salam...

hahaha..ada ka sekolah yang amal sistem macam ni?

penah terdengar news pasal sistem nie, tapi takda pulak aku ambil tahu secara terperinci a.k.a detail...

kalau wat sistem cenggini, senang la kerja cikgu, markah semua di tangan para guru, cemerlang atau tidak pelajar itu, semuanya bergantung kepada guru masing masing walaupun pelajar itu terel gila.

kehadiran, sahsiah peribadi, kesopanan & kesusilaan, semuanya ada bahagian markah dia tersendiri, sebab tu lah hidup kat universiti dulu, mesti respect lecturer gila-gila, moga-moga dapat extra marks, dapat la pointer baik sikit...haha...

tapi lain sistem kat sekolah skg, lain di kampung, lain di bandar...yang mana bila di kampung, tugas sebagai seorang pendidik amat dipandang tinggi, tapi di bandar, sebaliknya pula..tak kesemua, sesetengah sahaja la kan....

malas nak cakap lebih-lebih, nanti mulut kena gam....tutttttt.........hihi..

~ tegas dalam kelas, bestfriend di luar kelas..~

BAHASA KITA, BANGSA KITA


salam....

mm...amacam? korang boleh ke tak baca jawi??

aku selalu baca jawi depan ayah aku ( tok imam ), biasa la...bukan selalu aku nak baca, tapi mantain lancar la time baca newspaper jawi tuh...and memang tabiat aku kalau baca jawi, kena kuat-kuat, tak macam baca metro or utusan malaysia...

apa lagi, kalo dah baca kuat-kuat, konfem ayah aku dengar, and dah konfem kuasa sepuluh la aku kena kutuk, tak mengaji lah, tak reti lah, buta jawi lah....

tapi sebagai anak, aku terima ja la...nak buat macam mana, dah memang aku buta....waaarrgghh!!...aku menangis tersedu sedu ( boleh percaye ke?) lalu terus ke dapur utk makan, bila sedih, aku selalu lapar..hahaha...and lepas makan, aku menten ska hati balik...

so, apa lagi, korang pon kena la praktis baca jawi depan mak ayah korang....baekkk punyerr..!

~bahasa inggeris itu sgt penting, tp lebih bernilai bahasa agama kita sendiri..~

Wednesday, April 14, 2010

RUMAHKU SYURGAKU


salam...

cerita pasal rumah, konfem ingat kampong..huhu....

ingat kat mat busuq, n ada lagi sorang mat yang aku rindu...=)

anyway, betul ke org cakap, rumahku syurgaku....? bagi aku betul or tak tu tak penting, asalkan isi dalam rumah tu sentiasa disinari NUR KASIH dari-Nya...mm ..itu baru namanya rumahku syurgaku...kan..kan?

so, ape lagi, jgn la malas malas nak tambah NUR KASIH tu, bkn susah sangat, lebih kurang macam gantung lampu kelip kelip time nak raya tuh....berseri-seri dowh...

kalau rumah kita sentiasa berseri & bercahaya cenggitu, konfem best..!

~1camera, 1picture, 1story~

Monday, April 12, 2010

AKU & EINSTEIN

YA KA???...heh3...tp kalau takdak knowlegde, imagine nya entah hapa2 la kan?hoh0...
apa p0n, layann..zassss...~

p/s : takleh bebel banyak2, esok kena observe!....arghhhh!!..~

Sunday, April 11, 2010

PALING NIKMAT



Salam...

ramai daripada kita nie selalunya cakap, kekayaan, kebahagian, kesenangan, kecantikan, kehemseman, kecunnan, semua yang 'ke' di depan & 'an' di balakang lah senang cerita... adalah salah satu daripada nikmat hidup yang semua insan insan atas muka bumi ni nak,...kan?heh3...aku pon nak jugak.

tapi penah ke tak, kita semua fikir yang nikmat kecil kecil yang ada di sekeliling kita nie, antara nikmat yang paling besar Allah anugerahkan kepada kita sebenarnya..ada penah fikir? takdak kan?...

tu la manusia nie, mudah lupa pada segala yang dah Allah bg free, tak bersyukur, tak berterima kasih, chewahh..bebel lebih lebih pulak aku nie, padahal dua kali lima ja..ngeee....~

eh, apa kaitan dengan gambar di atas?..haaa....korang fikir la sendiri...

p/s : aku bagitahu la jugak...

cuba tenung tenung sedalam dalam telaga buta yang gelap & penuh sampah sarap dari hati dan jiwa raga kita, kalaulah....kalau nie...kalau la kita takleh nak buang air, tak kira la besar ke, kecil ke, atau sederhana sekalipun, apa akan jadi?

& bila boleh melepas / melabur tu kan, ada rasa nikmat yang tak terhingga tak?ada?,...kalau ada, anda dikalangan hamba hambanya yang bersyukur dengan kurniaan Dia... =D..InsyaAllah...

~ KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN~

Thursday, April 8, 2010

TERLANJUR


KUMBANG: 
diriku mawar pudar warna,
tiada lagi yang istimewa,
dapat dipersembahkan,
menjadi satu lambang sucinya percintaan....

BUNGA :
usah lagi kita persoalkan,
keterlanjuran di masa yg silam,
ku sedia terima,
dirimu seadanya...KITA INSAN BIASA...

Wednesday, April 7, 2010

GONE


Salam.....

mm....situasi nie ( bkn situasi bunkface ) dah selalu sangat dah rasanya jadi lam kehidupan seharian kita....jarang nak menghargai sesuatu yang ada di sekeliling kita ataupun sesuatu yang ada kait rapat dgn siapa kita...

kenapa erk??

aku pun kadang kadang jarang nak hargai yang dah jadi hak aku, tapi bila dah GONE, sibuk pl cari balik...

tapi ada something yang dah hilang dari hati, jiwa n perasaan yang jauh menusuk ke kalbu sejauh kota makkah sana nun, yang mana aku dah buang jauh.....jauh sgt sebelum nie rasanya...mebi kabur dgn dosa2 yang x patot aku himpun selama jadi orang neh!

harap2 stil tak terlambat lagi nak dekatkan balik....insyaAllah....

~kasih sayang jarak jauh, tetapi terasa dekat..~

Tuesday, April 6, 2010

DOKTER HATI


salam....
apa itu dokter hati? chewah..dah macam mengaja dalam kelas pulak aku ni..anyway, aku nak ajak korang semua scan hati masing masing..agak agaknya kaler apa la kan?kuning? biru? hijau?uicheh, cam kaler parti kat malaysia ni la pulak!

hah! sambung bab kaler? merah? hmm..tgh di lamun cinta la tu..what ever kaler sekalipun, tp jangan la sampai hati kita ni berwarna hitam.

kalau ada yang sedar tak sedar hati dia kaler hitam tuh, cepat cepat la jumpa dokter & rawat hati korang..hihi...aku ni cakap cam good good je...

tapi sebelum hati kita betul betul bertukar warna ke hitam hitaman, baik fikir cook cook, mcm mana agaknya cara nak putihkannya semula

& kalau dah putih tu, jagalah dengan sebaiknya, sebab kaler putih la yang paling senang nak kotor....

RENUNG-RENUNGKAN...& SELAMAT BERAMAL... ahaks..

~ hatiku berwarna pelangi~

Monday, April 5, 2010

I LOVE U


salam...

nothing to say actually....

its all in the drawing.....

no matter what....i'll try to love somebody....but its so complicated....

so i decided to leave.....

all my feeling....so sad lorh....

but im happy now.....

coz the feeling to Allah, is most wonderful, merciful, beutiful, all the back word is full2 laa....

SO, NO MATTER WHAT, I LOVE U...

dedicated to :
THE ONLY ONE

Sunday, April 4, 2010

SPEND


     Allah ( the exalted and almighty ) has said
   believe in Allah and His messenger ( Muhammad ) and
                                                      
                  SPEND

    of that so whereof He has made you trustees. and such of you as believe and spend ( in Allah's way ), theirs will be a great reward.  ( Al- hadid , 7 )

 "~we make a living by what we get, we make a life by what we GIVE~"

Saturday, April 3, 2010

ANGAN & SEDAR



'angan2 mat jenin', kompom suma org penah dengar sal ayat tu kan? bg aku x salah nak brangan, kalo x imagine apa yg kita rasa nak capai, camna kita nak nampak future nun?huhu...' tapi ada sowang member aku cakap, 'aaa..brangan tinggi2 sket, kalo jatoh, mati trus..hahaa'...angan ni lebih kurang cam azam la bagi aku, bkn angan kosong g2..

tapi rasanya, sebagai hamba Allah yang ada knowlegde, jarang kita nak berangan luar dari apa yang kita mampu, kadang2 2 ada la jugak yang terover angannya..hihi...besa la...dah benda xda limit utk di imagine kan...y not kan?bak kata ayat budak2 la nie..'bukan kena baya pon' xpon..'bukan aku pakai masa, otak, korang suma nak brangan...masing2 la dude'...cam2 lah lebeh kurangnya...

yang penting, anganlah sometin yang membawa kebaikkan pada semua, dan cuba realisasikan...berusaha ngn sedaya upaya, dan bertawakkal pada yang maha Esa...kalo x dapat apa yang kita impikan pon, sekurang2nya kita dah dapat pahala berusaha, cuma kurang bernasib baek, atau still bukan masa yang terbaek utk kita dapat apa yang di angankan.. Dia lebeh tahu apa yang terbaek utk kita...

Islam tu kan mudah, baru je niat nak wat baek, dah dapat pahala, belom wat lagi kebaikkan yang kita tgh pikir nak wat tuh...laen ngan berniat ke arah kejahatan, selagi x terlaksana niat jahat tu, kita bebas dari dosa.

so, kengkawan, sahabat handai, muslimin dan muslimat, apa lagi, mari kita berniat nak wat baek sokmo...jahat2 neh blacklist trus....cket2 leh la...

~ selalunya kita hanya berniat baik utk kepentingan diri sendiri shj, bkn utk org lain..~

HARI INI HARI JADI


semua orang mesti ada hari jadi kan..( actually, hari lahir, hari kita jadi tu xto la bila..hihi )...nyway, kadang ingat, kadang terlupa, eventhough besday sendiri or mak ayah or sahabat handai lah...mesti setiap dari kita best giler bila ada someone wish hari bersejarah tu kan?xda present pon dah kira oke sesangat...dah memadai sekiranya teman2 kita ingat n hargai kita..

tapi, bagi insan2 yg spesel di sisi kita, kompom dia dah ready samtin sweet utk insan yg dia kasihi kan?..chewahh...romantik g2...menghargai antara satu sama laen, saling berkaseh syg, x melebihi kaseh kita kepada Allah...

tapi aku x penah dapat pom..( nada sedey gila )...mebi xda org yang anggap aku spesel agaknya...hihi...tapi, kengkawan sentiasa ada utk wish hari mak aku sakit2 perot tuh, then masok wad bersalin, maka kuarlah sowang baby yg comel lg wangi utk menambahkan lg beban keluarga bersama pakej menjadi sowang insan yg paling best di muka bumi nie...heh3..

eh, makin hari, makin bnyak lak aku membebel...nyway, pada semua rakyat jelata beta, beta ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kpd sesiapa saja yg lahir hari nie..moga panjang umo, murah rezki, berjaya dunia akhirat...insyaAllah....

~dedikasi teramat best abad nie: tq to izzati ( yon ) coz penah bg kek n belanja kfc 4 my besday...n utk kwn2 len yg meraikannyew same2....i luv u all....muah3..! ~

Thursday, April 1, 2010

STRUCTURE OF ATOM


hihi...entry ni sebenanyew khas utk pelajar2 yang ambil subjek science form 4 + form 5....diagram ni ada silap sikit, yg mana susunan elektronnyew x ikot susunan kestabilan...patotnyew 2:8:8:..bla..bla..bla...proton number mesti same ngn elektron, kecuali element2 yang bersifat isotope...

kadang2, sebab terlalu simple sesuatu subjek tuh, wat aku penin kepala...study cam nak amek exam bila nak ngaja esoknyew....

~lebeh senang mengaja fizik dari mengaja science..haha~

Followers