Pages


selamat menjamu selera di laman kalam etoi.com....segala pendapat yang memuji amat dialu-alukan....kritikan tidak diterima..tapi kalo eklas...bole je..pliz welkam 2 my page...hihi..('',)

Saturday, September 25, 2010

BAHAGIA...~


yeah...~ assalamu'alaikum....

takda apa yang nak dikongsikan...cuma nak cakap, aku teramat bahagia melalui hari-hari aku nie, bertemankan aura bakal suami, insyaAllah....akhirnya, berpeluang jugak aku nak rasa bahagia yang mutlak neh, setelah bertahun-tahun aku rasa macam tak berapa nak best...

apa??bakal suami aku tu siapa??eheh, sabar la...tak lama lagi aku akan upload kat sini jugak..bukan nak sembunyi pon..

apa??hensem ke tak??agak-agak sikit...jangan la nak bayang bakal suami aku tu hensem ala-ala fahrin ahmad, sebab dia lebih hemsem dari tu...serius...kira pakej lengkap lah...semua aku rasakan sempurna..aku ni ja yang kureng la sikit..hihi...( berharap orang akan puji aku )..

apa?? nak tengok gambar dia??korang jangan harap lah....aku takmoh upload walau apa pon rayuan selagi dia tak jadi suami aku yang sah!...tapi kalo bagi juta-juta...kira jadi..hihi...daahh!!cukup!! aku tak larat lagi nak melayan soalan-soalan iri hati korang...apa yang aku nak pesan...

 fite for your own happiness....insyaAllah, sebab bahagia itu adalah pilihan anda....kita sendiri yang tentukan..nak fite or taknak, atas diri sendiri...yabedabedoooo......esok jumpa lagi...~

Friday, September 24, 2010

dilarang mencarut di dalam blog aku..~

assalamu'alaikum....
wahai para peminat blog ku sekalian...dilarang mencarut didalam blog ini lebih-lebih lagi anda adalah seorang ustazah...sekian....
nana: er...jgn anta na, cekgu macam aku nie, maha dahsyat jahatnya....ustazah macam si emosi tu, haaa...pegi anta kat skolah dia ajar..hahaha....maaf noh, kalau-kalau terkasar bahasa...

Wednesday, September 22, 2010

FIRST DATE..~


assalamu'alaikum....

esok aku nak berdating untuk pertama kalinya lepas aku blah dari cinta hampes aku bersama cekgu..hehe... benar lah apa yang di kata, kalau kita tak rasa sakitnya dulu, kita x dapat la nak rasa apa itu hikmah...

anyway...dah lama tak update skil-skil sekiranya aku nak bertaa'ruf dengan bakal suami..harap-harap lah dia adalah pilihan yang Allah kurniakan paling terbaik untuk aku...insyaAllah...

dating-dating jugak...solat jangan lupa..~

esok, tunggu aku...!!!ada 23 jam dari sekarang....(>_<)

Sunday, September 19, 2010

LONELYNESS IS TRAGICAL???


Assalamu'alaikum...

eheh..jangan salah paham dengan gambar yang aku paparkan kat atas ni...
apa?? aku lonely?? cheh! berapa kali aku nak cakap, aku ni jenis yang cool...tersangat lah cool sampai korang akan rasa macam duk kat kutub utara bila lepak dengan aku...macam bagus kan?? memang la..!

erm..loneliness is tragical....?? ye ke? ye, tak, entah, tak tahu or apa jawapan korang? kalau tanya aku..depends la..kadang aku suka menlonelykan diri aku, kadang aku ska riuh-riuh...tapi apa yang penting, kena happy selalu laa...cuma loneliness ni kadang-kadang sahaja kita dapat..contohnya time pagi-pagi, ( jangan duk pergi harung jem atas jalan sudah la..) maksud aku, kalau kita bangun pagi-pagi time semua orang tak bangun lagi, atau time semua orang bangun sembahyang subuh and tidur balik sedangkan kita pergi sambung study ke, basuh baju ke or dengan aktiviti masing-masing..konfem rasa macam best gila..tak percaya, cubalah..~

kalau aku, paling best sekali, lepas kerja, kalau rasa nak lepak sorang-sorang, aku pergi je tepi pantai sebelah umah sewa abang ipar aku ni...pergh..dia punya suasana, memang tragik...tersangat lah best...macam best lah...lapang la sikit kepala otak yang duk tengah penat ke, berserabut ke....so, aku wat keputusan, aku nak buat rumah sebijik tepi pantai tuh..hahaha....harap-harap la aku kahwin dengan anak datuk umah banglo tuh...sambil-sambil aku tenangkan fikiran, skodeng anak die pon, macam cara jugak...

pss//: kat pantai tuh, ramai gila kapel tengah memadu asmara....macam-macam skill adaaaa....~

Saturday, September 18, 2010

SADNESS IS BEAUTIFUL..~


assalamu'alaikum...

emm...tiga hari menanggung kecewa..cheyy...macam kecewa yang amat sgt...aku biasa-biasa ja..saja la, buat-buat frust lebih sikit, barulah dramatik episod perjalanan hidup aku ni..apa nak buat, sedeh tu, memang sedeh, tapi dah aku jenis yang cepat cool, mmg takleh nak kata apa lah....hari first memang la agak kuciwa, masuk hari kedua aku chill balik, hidup perlu diteruskan...betul tak?heh3...

anyway, sekarang ni baru lah aku macam buka mata, telinga, lubang hidung semua lah, siapa yang perlu aku pentingkan dalam kehidupan aku sehari-hari....and kesedihan tu sememangnya tersangat lah indah...tak percaya, cuba try test...

kenapa aku cakap indah??

erm...click sini lah..~http://etoidegawan.blogspot.com/2010/08/tidak-dihargai.html

so, apa yang penting??? kompom korang jawab kerjasama macam dalam wonderpets tu kan?? dah agak dah..sebab aku pon tengah buat sama ja macam korang buat..hahahaha....

apa yang pentingnya, hidup perlu diteruskan.....itu ja....hihi..

Thursday, September 16, 2010

ASTAGHFIRULLAHALAZIIIMMMMMM........~

 

Assalamu'alaikum...
yaAllah..apa nak jadi dengan aku nie...?? chey...saja ja aku buat gelabah...eheh!..sepatotnya, aku takda la melatah, dengan apa yang dah jadi antara aku dengan cekgu yang aku sayang tuh...sebagai seorang yang cun dan elegan, aku patotnya chill n cool...

so, dengan rasa rendah hati, aku mintak maaf dengan segala kekasaran bahasa nad perbuatan kat cekgu yang aku sayang sangat-sangat nie, aku dengan ikhlas hatinya mendoakan, moga berbahagia lah dia hendaknya...insyaAllah, kalau kita sentiasa doakan kebahagiaan orang, kompon kita akan dapat sama balik dengan apa yang kita mintak...

sebab...hidup ni kan karma...apa yang kita bagi, kita akan dapat balik....

SO, CEKGU....GUA MINTAK MAAF LA ERK....AND SELAMAT BERBAHAGIA SELAMANYA...AMIN...

Tuesday, September 14, 2010

AKU MENYESAL 3

Bila cinta kini...Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini...Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan...Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu...Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi Tinggalkanku...

Hilangnya cintamu...Menusuk hatiku
Ternyata memilih....Cinta yang fana
Perginya dirimu...merobek jantungku
Hingga ku terjatuh...Dalam harapan


yeah...assalamu'alaikum...
so, ni lah endingnya....aku lepak je la...duk sorang-sorang...membawa hati yang lara duka nestapa direject rasa cinta oleh iqbal tersebut...

tapi....aaa....ada tapi....heh3....cekgu sentiasa disisi...cuma sekarang ni, cekgu dah tak sayang aku dah.. sedeh wwoo0oo....sedeh nie...( ayat ala-ala cover saham..)~

insyaAllah.....aku akan terus mengorak langkah mengurat sesiapa yang dikehendaki...hahaha......zaasss....~layannnnnnn....

Sunday, September 12, 2010

AKU MENYESAL 2


YEAH...assalamu'alaikum..bertemu kembali kita dalam episod....aku menyesal..~

APE??ni gambar sape?? aaa..ni lah mata aku yang kuyu ditambah dengan kehalusan kulitku yang tidak menggurutu...licin je kan??emm..aku pakai bedak sejuk cap halimah, tiap-tiap malam jumaat, aku mesti pakai lebih..!

dah, tak payah nak tanya aku beli kat mana pulak..aku bukan promoter makcik limah, aku cuma sepupu kepada mak tiri belah ayah sedare die...so, pandai-pandai lah carik sendiri.

ermm..berbalik kepada cerita sambungan aku, part mana yang aku menyesal tuh....silakan bacaan anda di bawah...

4.alam universiti
semua orang cakap, masuk U ni, best..best gila sampai nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam seakan-akan kenduri kahwin anak lim guang eng yang telah didoakan oleh muslim-muslim bengong dimuka bumi dalam khutbah supaya dipanjangkan umurnya, sejahtera hidup di dunia, jadi arang api neraka di akhirat sana ! chist! bedebah betul siapa yang buat script untuk khutbah jumaat tuh, kalau aku jumpa, aku nak mintak dia ubah, boh nama aku sama...takkan dengan sesama muslim nak berkira?? dengan insan bukan seagama di ampu-ampu kesejahteraannya...sudah, aku nak cerita yang alam U nie, bukan best mana pun, tekanan perasaan ja, mana dengan asaimen, project, exam, segalanya lah...tak percaya? tengok lah gambar nie..

nilah akibatnya kalau korang masuk U, macam bagus, sebenarnya err...aku taknak cakap, korang tafsir la sendiri..hihi...

aa...masa time-time macam ni lah lebih kurang aku berkenalan dengan sorang cekgu ni, http://etoidegawan.blogspot.com/2010/09/aku-sayang-cekgu.html...cekgu ni lah, dialah orangnya, dialah.... maka, dengan sekali lafaz, aku dan cekgu menjadi kapel yang tersangat lah bahagia disamping kereta mewah dan duit malaysia yang ditaburkan kepadaku..! erm...lama jugak kiteorang bahagia nie, kalo nak tahu bapa lama, kol aku, aku akan jelaskan satu persatu....
ermm...dalam masa aku duk berkasih sayang dengan cekgu nie, aku ada kenal dengan sorang lagi cekgu...dia ni lah...cuba korang tengok...dialah orangnya, dia lah...~
ye..nama dia MOHD IQBAL...ape?? no talipon???aa...datang sini, aku bagi penyepak sekali dua, then aku bagi korang no talipon dia yang dia dah tak guna...amacam..cara kan?ermm...aku kenal dia dalam talipon la jugak, eh..silap..mula-mula emel-emel..almaklum lah..aku masa ni baru kenal apa itu wayarless...then up sikit kepada chating-chating kat yahoo mesengger, aaa..lepas tu baru aku dapat number telefon dia...bermulalah episod kebahagiaan kuasa sepuluh dalam hidup aku sebagai seorang mahasiswi yang gatal dan berkulit licin..encik iqbal ni sorang yang kelakar, kalau masuk raja lawak astro, mebi dapat tempat ketiga..hahaha...aku pun dengan hati yang berbunga-bunga berangan nak kahwin dengan dia dengan dikurniakan anak-anak yang comel macam anak mustafa kamal, rupa-rupanya encik iqbal ni takda hati la pulak dengan aku...
part ni lah yang aku paling menyesal nie, inilah partnya....aku patot mengorat dia abes-abes masa ni, malangnya skill aku dah tak berapa laku, maka direjectnya aku mentah-mentah seperti ikan pecah perot..aduhh....kuciwa aku dalam selimut busuqku menangisi cintaku yang tak laku-laku...kenapa?y?y? katakanlaahhhhhhhhhhhhhhhhh!!! lalu aku terus ke dapur, dan makan banyak-banyak untuk mengubat dukaku yang tidak berpenghujung..ishk ( sambil lap hingus yang meleleh di hidung terus ke mulut lalu aku jilat penuh nikmat )

to be continued..~

Wednesday, September 8, 2010

AKU MENYESAL..~

assalamu'alaikum....

rasa best gila hari ini, sebab tak payah keja, and aku boleh berpesta ria menghabiskan duit gaji yang aku baru dapat semalam...aku beli baju dalam 5 helai, spenda pulak dalam 3 kotak...stok untuk aku pakai bila berjumpa dengan kekaseh hatiku tahun ni..amacam?cara kan? heh! mesti la....

entry ni dah lama aku nak upload, tapi tak kesampaian....kenapa? entahlah...rasa macam menyesal pulak nanti..chewaah...! tapi sebagai seorang yang cun and perasa bagus, aku kena upload jugak entry ni, so, korang boleh la ambil pengajaran atas apa yang telah berlaku pada aku dulu, kini dan selamanya...

entry ini pasal kisah cinta aku, dari zaman kanak-kanak sampailah ke zaman sekarang ni, yang mana ada satu part kisah cinta aku tuh, membuatkan aku terlalulah menyesal dengan keputusan bengong yang dah aku terbuat...

1. zaman sekolah rendah
malas nak cerita sebab entah apa-apa ja a.k.a tak berapa menarik untuk dikongsi yang mana boyfriend aku masa ni seorang yang sangat hensem masa mukanya belum lagi dijajah oleh jerawat batu gunung berapi. tapi sekarang, dah ada awek baru, yang mana aweknya takdak gigi kapak menjadi pilihan berbanding aku yang gigi berlubang.!

2. zaman sekolah menengah
aaa...part ni boleh la nak cerita sikit-sikit...aku jatuh cinta dengan seorang cekgu bahasa melayu, nama dia...ZAMRI MOHAMAD. hensem gila babi bagi aku, tapi selalu dikutuk oleh kengkawan dengan gelaran ' cekgu control macho' ..aahhh..lantak lah dia nak control, bukan kacau korang pon!..aku marah lalu bertambah level kecantikkan aku dengan pipi kemerah-merahan menahan kentut...last-last, cekgu ini bercerai, then aku ingat boleh la masuk line, rupa-rupanya dia dah ada awek lain yang sentiasa cun samada tengah marah ataupun tengah teran berak sekalipun...so, aku redha, membawa haluan ke MATRIKULASI PAHANG dengan harapan bakal bertemu dengan keturunan tengku pahang.

3. matrikulasi pahang
selepas aku putus cinta dengan cekgu zamri, ( walaupun sebenanya aku sorang yang perasan bercinta ) aku bertemu dengan seorang jejaka yang aku panggil syeikh.. masyaAllah..tersangatlah hensem dan kaya raya ( biznesman ), jadi aku buat keputusan yang tak berapa matang untuk bercinta dengan mamat yang hensem dan kaya raya ni tanpa memikirkan risiko yang bakal aku tempuh..nak dijadikan cerita, jodoh tak berapa panjang, jadi hubungan putus di tengah jalan. gila meroyan jugak aku dibuatnya. setahun aku ambil masa nak lupa mamat ni, walaupun dalam masa setahun tuh aku ada berkapel sekejap dengan jejaka tampan dari terengganu, sama-sama study di matrik pahang. sampai sekarang aku termimpi-mimpi kehenseman fahmi nie, tapi apa nak buat, aku yang ngok nie, pergi buat hal, putus lagi..aarrgghh! busan dengan semua ni, aku stop bercinta dengan semua makhluk di muka bumi ini, kecuali kepada Dia aku kembali bercinta...cheewwaahh!

to be continued...~

Wednesday, September 1, 2010

SAIKO


anda seorang yang saiko?? andalah yang kami cari..~  to be continued..hahaha

aasalamualaikum...
haha...aku tak sempat nak cerita banyak-banyak hari tuh..thats why lah aku cakap to be contionued...emm..still akan dicontinued....tunggu....~

4/9/2010
catatanku hari ini...chewaahh...dah macam diari la pulak..hihi..haa...cerita pasal saiko ni, aku ada satu story nak moly dengan korang semua..sebelum tu aku nak tanya pernah tak korang disaiko oleh someone?? aku?? korang tanya aku??cheh! kompom lah aku selalu disaiko...entah lah kenapa , aku pun kekadang blur jugak..apasal lah aku selalu disaiko..tapi sukacita nya aku nak bagitahu kat sini,aku tak pernah rasa disaiko..wakakakaka...

kesian makcik sorang tuh, nak menyaiko aku, tapi sebenarnye diri sendiri yang saiko sebenarnya, boleh dikatakan dia layak untuk masuk hospital sakit jiwa...hahaha...rilek la makcik, lepak sikit...hidup kena cool..macam aku..hahaha...

tapi terapi paling berkesan, pergi lah ambil wudu', lantas bersolatlah kamu untuk menenangkan perasaan gundah gulana daripada bisikan syaitan durjana..InsyaAllah, kamu akan kembali tenang and tak saiko dah..hihi...

so, alang-alang dah sepuluh malam terakhir ni, wish your hope, my muslims....selamat ber 'LAILATULQADAR'

Followers