Pages


selamat menjamu selera di laman kalam etoi.com....segala pendapat yang memuji amat dialu-alukan....kritikan tidak diterima..tapi kalo eklas...bole je..pliz welkam 2 my page...hihi..('',)

Tuesday, October 18, 2011

APA MAKNA PSIKO??

assalamualaikum....
chey....tinggal jap cerita pendek aku yang tak berapa best tu...apa barang, jom cerita panjang-panjang pulak...
korang tahu apa maksudnya saiko??

tahu?
entah?
konfius?
tahu sikit-sikit?
lantak lah
ataupun ......
korang memang tergolong dalam kalangan orang-orang yang saiko gitu, tapi taknak mengaku...hehe..gurau ja..

Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.

Orang psiko ni biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "bodoh". Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Macam mintak disepak. Tak ke bodoh namanya tu. memang bodoh..haha..



Tips Tangani Orang Psiko

Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.

Setiap kol, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali korang kasi feedback. Jangan angkat kol dia untuk ucap "tak mau la, jangan la,entah la,ataupun marah-marah". Sia-sia je.

Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan. hahaaha...sangat kesian..tapi apa nak buat, siapa suruh dia jadi saiko..


"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan korang/kenalan korang?"

Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.

Seperti yang aku kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.


p/s: entry ni aku dedicated to someone yang saiko, dan tengah tersaiko dengan diri sendiri.....hahaha...selamat menyaikokan diri anda...insyaAllah, akan ditunjukkan jalan ke pusat psikiatri... =) 

Saturday, October 15, 2011

CERITA PENDEK ( bahagian 2 )

sambungan dari bahagian 1

kadang-kadang aku ada juga terfikir, ini ke cita-cita aku?? bukan, jadi cekgu bukan cita-cita aku. ada sebab-sebab tertentu yang buat aku pilih kerjaya cekgu ni sebagai medium untuk aku cari makan sekarang. salah satu sebabnya aku akan bangun awal untuk pergi sekolah, jadi aku tak akan tertingggal sembahyang subuh aku macam zaman-zaman jahiliah aku dulu...ya, memang aku jahil pon dulu..tapi takda la sampai merompak mencuri, lebih-lebih lagi membunuh...tu jahil tahap saiko dah tu...' ah, apa yang aku mengarut ni!...tuk..tuk..tuk..teacher, may we come in'....aku pon angguk-angguk, suruh bebudak yang agak paling terawal antara yang terlambat datang ke kelas aku...haaiihh....apa nak jadi..

after greeting and so on, ayat biasa aku cakap, 'are you ready for our lesson today?' dan jawapan budak juga macam biasa...'no teacher'...apa aku kisah, mengarutlah aku depan budak-budak ni sambil diperhatikan pengobserve aku yang paling setia, madam chai mui fong...ketua panitia aku yang tak jemu-jemu tengok aku mengajar...kalau lah aku jadi dia, maybe aku dah terlena, tidur dan terus berdengkur...budak-budak pulak, macam biasalah, ada yang fokus, ada yang bersembang dan macam-macam perangai lagi, sama saja dengan zaman-zaman aku mengaji dulu...

habis story pasal kolej....move to other part lah pulak...part yang mana aku selalu fikir..'kalaulah aku masih bujang...hahaha'...entah apa kejadahnya aku fikir semua tu..mana boleh patah balik dah...wasting time lah..'yeah, jangan buang masa cikgu, nanti tak dapat emas yang di idamkan'...kreuk~ pintu lab dibuka, ' ton, jom gi makan'....tanpa berlengah, 'bereh' jawabku pendek...

lepas makan semua, aku naik ofis, dan mula mengonlinekan diri, biasa la...chek muka buku, baca paper, politik malaysia and bla..bla..bla...sampai lah habis masa kerja 2.15 pm..ah, bosannya jadi cekgu! bila agaknya aku nak tukar profession ni...

Wednesday, October 12, 2011

CERITA PENDEK ( bahagian 1 )

'truttt...truuutt...truuutt...truuutt....' aduh, ex-boifren aku yang mana satu pulak contact aku time tengah layan mimpi moon ni...haaiihh...srrlluupp...banyak pulak air liur basi aku mlm ni sambil aku gagau-gagau kat mana la bunyi tu datang, '~beby~ is calling'...tertera kat phone screen nokia c6 aku....owh, dah kahwin rupanya aku ni, bukan ex-boifren yang tengah rindukan aku...tapi laki aku kejutkan untuk bangun, siapkan diri untuk kerja...

 kenapa la bukan hari minggu je kerja, hari biasa adalah cuti... malasnya aku nak bangun, tapi apa nak buat...dah mengaji tak pandai, jadi lah aku cekgu serba sengal kat bumi borneo ni...katanya nak berbakti pada anak bangsa, tapi entah lah...berbakti ke aku ni...macam hampeh je...aarrghh..! tak payah banyak fikir lagi, hidup mesti diteruskan...

'krek kruk'....yeah, dah siap punch card, aku terus ke tempat duduk, buat-buat sibuk, belek itu dan ini untuk presentation dalam kelas nanti...

ting~tong~ ' perhatian kepada senua warga kolej, sekarang tepat jam 7am..bla..bla...sila selaraskan jam anda sama dengan waktu pejabat...'~ting~tong~

gitu lah pagi-pagi...lepas lagu negaraku, doa dan ikrar rakyat malaysia, PK-kurikulum akan buat pengumuman supaya masa semua guru diselaraskan sama dengan waktu pejabat...apa nak buat, kolej tak ada loceng yang boleh membataskan masa pengajaran cikgu-cikgu, sendiri mau ingat.

untuk menunjukkan yang aku staff yang paling best, sebelum pengumuman tu lagi, aku dah ada dalam physics lab...'oh fatimah...tralalla...tralalalalalal...' aku laporkan diri pada lab asistant, gitulah tiap-tiap minggu pon,..sing a song....'ah, busan pulak aku tunggu budak-budak ni nak masuk..terhegeh-hegeh...layan video dulu, nanti aku preview untuk dieorang pulak...'

Sunday, October 9, 2011

I'M WITH STUPID

tergolong lah kamu dikalangan manusia-manusia yang jahil lagi bodoh apabila memutuskan hubungan sesama saudara islammu hanya kerana kecintaan kamu kepada manusia..kan lagi bangus kalau kita berjihad kerana cintanya kita kepada Allah....cheh! apa begitu cetek ilmu seseorang yang bergelar ustad untuk aku kata macam ni?memang cetek pon...berfikir dan bertindak berlandaskan kata hati dan nafsu semata-mata...
~ beb, ustad pon manusia biasa, ada hati dan perasaan, nafsu n bla..bla..bla...
ahaks...ya...aku terlupa pulak....yang iman tu tak boleh nak sukat bukan, walaupun kita ni cekgu ke, pengemis ke, tukang buat rumah ke, cleaner sekalipun, tapi ilmu yang kita perolehi, tak sepatutnya disiakan beb, setakat mengaji tinggi-tinggi, quran dan sunnah jadi pegangan, tapi hampeh...ilmu yang ada tak dipraktikkan...tak apply pon...apa punya orang islam daa..
~erm...ustad celop tu...
hahahahahaha....bukan lah..kiteorang panggil dia ustad emo...emosi yang tak boleh blah...
~bajet bagus la tu kot....
entah...agaknya...perasan cool la kot...hahaha...
Rasulullah SAW bersabda :
Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dr 3 mlm,
maka siapa yg memulau lebih dr 3 mlm, lalu mati masuk kedalam api neraka.


Tidak dihalalkan bg seorang muslim memulau saudaranya lebih dr 3 mlm,
sehingga bila bertemu masing2 memalingkan muka, dan yg terbaik di antara keduanya ialah
yg mendahului memberi salam. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.

Mengambil faham dari hadis di atas, ulama telah sepakat mengatakan memberi salam itu penghapus dosa pemulauan.

Dalam hadis yg lain pula Rasulullah SAW bersabda :
Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis,
maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap org yg tidak mempersekutukan Allah dgn sesuatu apapun,
kecuali pada org yg masih bersengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat,
Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.

Didalam hadis di atas Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Allah telah befirman dgn mengulangi ayat
Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai sebyk 3 kali. Disitu Allah ingin menekankan kepada hambanya
bahwa Allah amat memurkai org Islam yg tidak bertegur sapa di antara satu dan lain.

Walaupun demikian sekiranya, salah seorang telah mengambil langkah utk memberi salam ataupun
memohon maaf sedangkan pihak yg lain tidak ingin menerima salamnya,
maka terampunlah org yg memberi salam tetapi bagi org yg menolakknya kekallah dlm kesesatan dan hasutan syaitan. Nauzubillah.

p/s : tak payah la nak blok-blok, delete fb org len...bajet macam orang nk tengok sangat page kamu...tak heran pon aih...

Thursday, October 6, 2011

THE TIRED-EST MOMENT



~arrgh...sudah lah....
apa yang sudah??
~entah, aku macam malas nak cakap, dan jugak malas nak taip...
cheh, kalau macam tu, tak payah la update blog, dowh....
~aku punya page, suka hati aku la... =P...ok, fine...aku story...
bajet best...
~lantak la best ke tak, yang penting aku teramat letih...letih gila...haaiihh...
apesal pulak, beb?
~kata tak best, pergi la jauh-jauh...hoh!
hahaha....merajuk macam kambin, macam aku nak layan...ok,ok...cer citer...
~takda apa pon nak cerita, cuma aku nak bagitahu aku letih je la...tu pon susah nak paham??
tahu la.....tapi apakah??
~banyak benda
salah satunya?
~macam biasa, aku letih kena observed....
semua tu kan akan menambahkan lagi skill mengajar, ok what...
~ya, sangat ok...ada aku cakap tak ok?cuma aku letih ja...buat discussion ja pon, nak juga di observed...nak di nilai, nak diberi markah kapada semua kriteria....
maybe kamu tak bagus...sebab tu dia nak observed....
~a'ah, rasanya...hahaha....bukan masalah bagus atau tak, masalahnya aku letih...letih nak explained yang kadang-kadang kelas aku mengajar tak boleh diobserved, tak memenuhi kriteria yang KPM nak....bukan semua periods aku mengajar, perlu juga pengukuhan...
oo000oo....tak tahu la pulak kena cukup segala macam...then?what happened?
~apa lagi, macam biasa, aku akan terangkan yang sekian-sekian period tidak boleh diobserved, kalau observed sekalipun, takda apa-apa skill atau kriteria yang akan dipenuhi...
tapi tetap kena observed kan??hahaha
~mana tahu?
dah kenal, tahu la... =)...then?mesti akan diobserved lagi..
~semestinya...lepas kejadian , dia ada bagitahu yang dia tak boleh nak nilai kerana hanya comunication dalam discussion....haaaihh...part ni yang buat aku letih, dah aku bagitahu, kalau buat pengukuhan ( jawab soalan ) memang tak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.....dan ayat-ayat macam ni aku akan ulang tiap-tiap minggu...best kan??
hahaha..this is best bro...relek la...dah dekat setahun macam ni....dah nak habis dah pon...
~a'ah..aku tengah tunggu saat-saat aku takkan lagi diobserved..macam study dolu-dolu...
sabar la...masa tu akan sampai...
~yang ko bajet macam bagus je nasehat aku ni apehal??
ska hati lah....ada aku kesah?
~ska hati kamu la wes...

p/s : banyak benda lain lagi yang buat aku letih....aaarrggghh....letihnya...letih....letih....!

Wednesday, October 5, 2011

REDHALAH HATI

‘Redhalah hati ini, ujian ini bukan satu bencana tapi nikmat yang perlu disyukuri bersama. Sesungguhnya, tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia diuji. Jadi, bersyukurlah jika diuji’.

Followers