Pages

selamat menjamu selera di laman kalam etoi.com....segala pendapat yang memuji amat dialu-alukan....kritikan tidak diterima..tapi kalo eklas...bole je..pliz welkam 2 my page...hihi..('',)

Sunday, June 27, 2010

HAKIKAT HATI


assalamu'alaikum....

mm..agak lama aku tak tulis pasal diri sendiri..so, mlm ni rasa macam nak story pasal keadaan sebenar hati aku yang sememangnya dah lama macam ni, cuma tak ada rasa nak cerita...huhu...macam biasa ja kan luka-luka & tampung-tampal kat hati seperti hati di atas, tapi hakikatnya hati aku ni lagi parah dari gambar tu..

KENAPA??

biasa la...selalunya dalam keadaan sedar atau tak,  hati kita akan terluka, terasa, terhiris, semuanya ter lah....hanya dengan insan-insan yang kita sayang...sama la jugak dengan aku, dari dulu sampai lah sekarang asyik rasa yang mana aku tak tahu dah nak express feeling aku macam mana sekarang nie, betapa kesiannya dengan diri aku sendiri..

tapi apa nak buat....selagi aku hidup atas muka bumi nie, aku perlu hadapinya jugak, walau seteruk mana pun insan yang aku sayang tu buat aku rasa macam hampeh sangat-sangat ....biar lah..kalau dah dia rasa bahagia macam tu, apa lagi yang mampu aku buat....lepak sorang-sorang ja la jawabnya...

cuma aku teringat sorang cekgu aku penah cakap...' U CUMA ADA SUKA ATAU DUKA, WALAUPUN ADA MASALAH SEBESAR MANA SEKALIPUN, I TETAP AKAN PILIH SUKA, ITU SAJA YANG ADA....' masa tu aku tegur dia tengah susah hati dari air muka yang dia tunjuk la...

so, aku pun nak ikut dia lah kot, biarlah korang nak kata aku hipokrit dengan realiti, tapi tu jugak sajalah pilihan yang aku ada..macam cekgu aku....sebab, aku tahu..kita manusia ni tak selalunya di atas, kadang-kadang kita perlu rasa macam mana felingnya berada di bawah, macam mana yang aku rasa sekarang nie..

and aku berharap sangat, aku akan jumpa jugak bahagia aku tu nanti...macam dalam NURKASEH tu...bila alia cakap dengan nur yang mana bahagia yang dia cari bukan lah hidup dia pada waktu tu, entah-entah dengan orang lain, thats y nur tak pernah rasa bahagia yang telus selama bersama adam...

mungkin kebahagiaan aku tu jugak sama, bukan dengan insan yang aku sayang sekarang nie, tapi mungkin dengan orang lain..siapa tahu...tapi sakit yang aku rasa sekarang ni, akan berlarutan dengan masa yang aku rasa panjang sangat-sangat...memang lama ....huhu...

ikhlaskan lah hati tu etoi.....insyaAllah, apa yang kita bagi, kita akan dapat balek..kalau ikhlas, jujur yang aku bagi, pasti aku akan dapat yang sama, tapi mungkin dengan orang yang tak sama..siapa tahu...insyaAllah...doakalah kebahagiaan aku, kengkawan oi.....

0 comments:

Followers